Inilah Harussani Zakaria.
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.
Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam.
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.
Ia sungguh menyesalkan. Celaka sungguh.
7 ulasan:
Ular dlm semak...
kalau itu benar kata Mufti ni..amat besar keupayaannya dalam mengampu...layaklah dinobatkan sebagai Mufti Ampu
Nk Takrif ciri2 golongan Bughah pun terkial-kial..Pemimpin adil yg dia maksudkan tu pun x wujud atau x layak disandarkan sebagai pemimpin yg adil..Takrifan sampah..
Jauhilah ulama yg bergaul leka dgn dunia..
izin bertukar link bos. http://bicaraworld.blogspot.com/
Ini bermakna puak2 UMNO BN , di Kelantan , Selangor P.Pinang dan KL Wajib dibunuh la sebab mereka menentang kerajaan pembangkang...so sama2 la kita bunuh puak2 UMNO sebab Mufti sudah keluarkan Fatwa, Polis jgn masuk campur ini soal agama, kih kih kih...Polis mane tau agama, kalo dia tau awal2 lg dia p siasat Hursaini tu...so Polis sila jgn masuk campur dan p mkn rasuah byk2 k...
Pelik sungguh mamat ni...dia ada turun ke DM dan tengok peserta2 turun atau sekadar hentam keromo je. Alahai kesiannya tok peti ni......
Biarkan lab.. dia dash lama dah gila Hart dunia.. back dia babi pun halal dimakan
Catat Ulasan