29 Oktober 2013

1 MALAYSIA KENA TIPU, KERAJAAN BELI GULA 55.7% LEBIH MAHAL DARIPADA PASARAN DUNIA....



Kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran, bulan ini kerana harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah US16.70 setiap 100lbs, pada September 2013.



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik disebabkan tindakan kerajaan pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga terlalu tinggi dan bukan kerana penghapusan subsidi.

Tony mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs, pada Januari 2012.

Katanya, ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula yang lebih mahal dan mendakwa mengkritik kerajaan ketika perjanjian itu dimeterai ekoran pembelian gula mentah dengan harga yang lebih mahal daripada harga pasaran iaitu US23.42.

“Harga gula ketika ini US18.91 setiap 100lbs yang membolehkan kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi dan harga gula menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.


“Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi RM521 juta setahun. Alasannya, dengan mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat diabeties, termasuk nasihat dengan mengurangkan gula dapat meningkatkan libido, tetapi rakyat yang terpaksa membayar mahal,” katanya di Parlimen, di sini, hari ini.

Tony berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

“Ketika itu, saya sudah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’. Tetapi, tidak dihiraukan dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran, bulan ini kerana harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah US16.70 setiap 100lbs, pada September 2013.

“Walaupun harga gula mentah meningkat sedikit bulan ini pada kadar US18.91, namun ia masih jauh lebih murah daripada harga yang diimport kerajaan. Kerajaan terlebih bayar RM194 juta atau pengimportan 2.37 bilion paun gula mentah setiap tahun dan perlu bertanggungjawab kerana membuat keputusan tidak wajar serta menyusahkan rakyat,” katanya.


fikirlah sendiri siapa yang kena.......

Kedai Makan Naik harga jualan mula November



Kenaikan harga gula menyebabkan peniaga di Medan Selera MDPT akan menaikkan harga jualan.

KUALA NERANG - Kebanyakan peniaga di sini terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman selepas harga gula dinaikkan dalam Belanjawan 2014, baru-baru ini.

Sesetengah dari mereka mendakwa kenaikan harga gula itu menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat dan tidak mampu untuk mengekalkan harga makanan dan minuman seperti sebelum ini.

Peniaga, Md Isa Shahawatali, 52, dari Medan Selera Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berkata, kenaikan harga gula memberi kesan kepada peniaga makanan di daerah ini.

Menurutnya, ada sahaja barangan yang naik harga dari pekedai terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kenaikan harga gula juga sangat mengejutkan peniaga kerana ia merupakan bahan utama dalam masakan.

“Kami sudah tidak dapat bertahan lagi dan terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman. Kenaikan harga gula ini sudah pasti meningkatkan kos perniagaan kami.

"Jika harga gula dinaikkan, sudah pasti bahan minuman berasaskan gula seperti minuman segera akan dinaikkan pengedar dan bagaimana kami nak menjualnya dengan harga lama.

Oleh itu bagi mengurangkan beban yang ditanggung, peniaga di sini terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman pada November nanti,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Fikri Abd Ghani, 48, berkata, kenaikan harga gula adalah sangat tinggi kepada peniaga dan ini membebankan terutamanya kepada mereka yang menjual minuman.

“Kenaikan itu sudah pasti memberi kesan kepada penjual dan pengguna. Peniaga tiada cara lagi bagi kekalkan harga lama dan terpaksa menaikkan supaya kos perniagaan tidak membebankan kepada peniaga,” katanya.

1 ulasan:

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...

Salam.

Saya berharap sdr sudi untuk menerbitkan komen saya serta tidak memadamkannya atas dasar keilmuan dan bukannya dari perspektif kepartian.

Dalam merungkaikan permasalah di atas kita harus pergi kepada perkara pokok iaitu pembelian gula adalah melalui kontrak niaga hadapan. Bukan bermakna jika sekarang harga gula jatuh merudum, maka kita harus beli gula sekarang. Kita ada kontrak dengan pembekal.


http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...