03 Oktober 2013

US Tiada Wang, permohonan Naikan Had Pinjaman Tidak Lulus, Eloklah Najib Belajar Dari Kemelut Hutang US....


Obama jumpa CEO bank



Kafeteria senat di Bangunan Capitol yang terpaksa ditutup berikutan pemberhentian operasi kerajaan, semalam. - Foto AFPAgensi kerajaan, 


pusat pelancong masih gagal beroperasi untuk hari kedua

Washington: Presiden Barack Obama dijadual bertemu dengan ketua eksekutif bank utama semalam bagi membincangkan penutupan kerajaan dan tarikh akhir yang semakin dekat untuk menaikkan had hutang negara, kata Rumah Putih.

Peneraju bank termasuk Lloyd Blankfein dari Goldman Sachs, Michael Corbat dari Citigroup, Jamie Dimon dari JPMorgan Chase & Co dan Brian Moynihan dari Bank of America.
Anggota Kongres Republikan dan Rumah Putih berada dalam kebuntuan berhubung pembiayaan kerajaan, yang memaksa penutupan pertama kerajaan dalam tempoh 17 tahun.

Ketika penutupan kerajaan sudah memberi kesan kepada pelancong yang kecewa yang berpatah balik dari taman negara sehingga Obama membatalkan hentian kunjungannya ke Asia, tarikh akhir untuk menaikkan had hutang negara memberi satu risiko lebih teruk.

Jika Kongres gagal menaikkan had pinjaman berjumlah AS$16.7 trilion (RM53.9 trilion), Amerika akan menuju ke arah kegagalan membayar hutang, kemungkinan mencetuskan gelombang kejutan pasaran kewangan di seluruh dunia.

Golongan konservatif Republikan memberi isyarat mereka akan mengambil taktik sama dalam had hutang seperti mana dilakukan dalam pembiayaan kerajaan dengan memohon untuk menghapuskan atau menangguhkan undang-undang penjagaan kesihatan. Presiden enggan berunding bagi menaikkan had hutang. 

Juga dijangka menghadiri mesyuarat dengan presiden dan Naib Presiden Joe Biden antara lain ialah Robert Benmosche dari AIG, James Gorman dari Morgan Stanley dan John Stumpf dari Wells Fargo.

Sementara itu operasi kerajaan Amerika Syarikat terus terhenti masuk hari kedua semalam, ketika pertelagahan berkaitan program penjagaan kesihatan Obama, Obamacare menemui jalan buntu.

Sehingga kini belum ada tanda penyelesaian atau dialog serius untuk mencari cara menangani kemelut yang berlaku.

Keadaan itu menyebabkan tugu negara, perkuburan perang Amerika di Eropah ditutup, selain ratusan ribu pekerja persekutuan ‘bercuti’. - AFP/REUTERS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...