17 September 2013

PANAS ! UTUSAN KANTOI LAGI


AKHBAR YANG DINOBATKAN OLEH NAJIB SEBAGAI AKHBAR KERAMAT, UTUSAN MALAYSIA HARI INI MENGAKU MEMFITNAH DATO' HUSAM MUSA ... MOHON MAAF DAN SANGGUP BAYAR KOS RM40,000 ... BERJANJI TIDAK AKAN BUAT FITNAH LAGI TERHADAP HUSAM MUSA.



Utusan diarah tarik balik laporan burukkan Husam


Mahkamah hari ini memerintahkan akhbar Utusan Malaysia menarik kembali satu laporan bertarikh 31 Mei 2009 yang didapati memburuk-burukkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Akhbar itu juga diperintahkan untuk menyiarkan pengumuman penarikan balik rencana itu pada halaman 9 akhbar edisi hujung minggu Utusan, Mingguan Malaysia pada 22 September ini.

Peguam Husam Balan Nair Dahmodaran berkata akhbar milik Umno itu juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam

Balan ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keputusan itu dibuat oleh Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Husam sebelum ini menamakan Utusan Malaysia, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam tuntutannya.

Ia berhubung rencana bertajuk 'Menilai hujah Husam' yang disiarkan akhbar itu yang dianggap memburuk-burukkan Husam sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat untuk membahayakan kepentingan PAS, serta merupakan musuh kepada PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...