03 Julai 2013

MP Simpang Renggam dan Utusan Dah Kantoi...Isu 20 Akaun Anwar....( Video )

MP Simpang Renggam Hilang Telurnya Bila Dicabar Anwar Bangun Jelaskan Isu Wikileaks


Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks. Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.

Semalam dia nak tunjuk hebat sangat.. tapi hari ini bila dicabar untuk bangun menjelaskan tuduhannya itu langsung tak berani nak bangun..

Kalau benar tuduhannya itu kenapa takut untuk bangun mempertahankan hujahnya?.. kalau nak bodek Najib sekalipun agak-agakla..

Sebab WikiLeaks juga menuduh Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya...

Sama saja perangainya dengan macai-macai UMNO yang lain.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan.. ceh!!
Anwar: Tiada data mengenai saya dalam Wikileaks


Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak ada laporan mengenai dirinya dalam laman Wikileaks seperti yang didakwa ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

“Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks. Saya merujuk kepada Wikileaks tetapi tidak ada, apakah kita nak berikan pengesahan kalau tidak ada.

“Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan ini) dalam Wikileaks,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar meminta Teck Meng bangun untuk memberi respons tetapi tiada jawapan balas.

Katanya, keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan Rakyat memberi peluang kepada Teck Meng untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

“Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan Rakyat), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen).

“Ini jadi pengajaran kepada semua, kalau terlajak kata, susah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Lobi Parlimen, Anwar berkata, laporan itu mungkin dimulakan oleh blogger-blogger Umno, dan ahli Parlimen Simpang Renggam mengambil maklumat tersebut.


“Membaca teks Umno dan edarkan. Kita semak tidak ada, ini menunjukkan bukti yang luput dan pegang terpaksa disiarkan Umno dan diedarkan. Tidak ada asas sama sekali,” katanya.


“Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno, “ katanya.




Fitnah akaun luar negara:
 Anwar rujuk MP BN ke J/kuasa khas

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeheret Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen ekoran tuduhan beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di luar negara.

Berucap di parlimen pagi tadi, Anwar sekali lagi meminta Teck Meng memberi penjelasan dan menegaskan perkara itu sama sekali tidak dinyatakan dalam laman Wikileaks seperti didakwa.

Beliau juga mencabar Teck Meng tidak berselindung di sebalik kekebalan parlimen dan mengulangi tuduhan itu di luar dewan bagi membolehkannya mengambil tindakan undang-undang.

“Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks. Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

“Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman. Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun,” cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Memetik Malaysiakini, bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut. Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di parlimen.

Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

“WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks,” katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar berkata beliau akan mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...