05 Julai 2013

Isu Insan Holdings rugi? Tembelang dah pecah..hangpa nak ikut perangai Yahudi ke?

KUIN ...BAKAL HANCUR - siri 3

Bagaimana dikatakan Insan Maya anak syarikat Insan Holdings rugi?

Insan Maya Sdn Bhd iaitu syarikat pengendali Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti, merupakan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd, yang diura-urakan akan di tutup atau di turunkan taraf dari Kulliyyah kepada sebuah Jabatan bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

Pelajar kulliyyah yang sedia ada lebih kurang 300 pelajar Diploma dan Ijazah, tempatan dan antarabangsa. Untuk kursus Diploma yuran seorang pelajar adalah RM24,000 dan Ijazah RM36,000 untuk kursus 3 tahun dan ijazah 4 tahun.

Bermakna jumlah pendapatan secara kasar :-

1. Diploma adalah 270 pelajar x RM24000 = RM6.48 Juta dalam 3 tahun ( RM2.16 juta setahun)

2. Ijazah adalah 30 pelajar x RM36000 = RM1.08 juta dalam 4 tahun (RM270k setahun)

3. Lain pendapatan dari incubator (printing, event, banners, buku-buku pelancaran, animation presentation, special effects presentation etc etc) = RM 200k setahun

Bermakna setiap tahun pendapatan Kulliyyah ini adalah : RM 2.5juta

(dan semua yuran2 tersebut masuk ke Insaniah Universiti bukan ke Insan Maya sebab program2 semua kepunyaan Insaniah dan didaftar diMQA dan KPT semua atas nama Insaniah Universiti. Jadi macam pulak Insan Maya bukan dari milikan Insaniah Universiti. PELIK KAN ?

Dan semua kerja2 incubator pun tidak di bayar kembali ke Insan Maya ????? Walaupun inbois berkali kali di hantar. Selama ini memang Insan Maya ini di jadikan macam hamba sundal kepada Universiti Insaniah.)

4. Pembelajaan gaji dan elaun untuk setahun pukul rata 30 staf x 4000 =RM 1.5 juta

5. Keuntungan bersih sebelum tolak sewa bangunan , letrik, air,dll adalah lebih kurang RM 1 juta

Jadi di mana yang di katakan merugikan sehingga mahu di lupuskan atau di jadikan hanya jabatan bawah kejuruteraan. Selama ini keringat di kerah, darah kami di hisap dan ini semua atas nama Islam Ke? Wahai ustaz ustaz berkopiah putih yang di Insaniah, adakah ini nama jihad kamu? Berkerja di Insaniah tapi sentiasa tiada di pejabat kerana memberi ceramah dan tazkirah agama di serata tempat. Gaji Insaniah bayar, tapi curi tulang di luar. Menang betul lah perpatah melayu sperti Ayam Berkokok Berderai-derai, Ekor Bergelumbang Taik.


Berita kesangsaraan staf staf Insaniah Holdings

Setakad hari ini belum ada apa2 kenyelesaian terhadap gaji tertunggak 2, 3 bulan sudah. Maklumat bertubi tubi masuk ke facebook saya tentang kesangsaraan staf staf itu semua.

Antara lain staf berpakat2 makan ubi kayu rebus inti kelapa. Ada makcik pekerja maintenance masih tidak dapat beli susu anak, jadi terpaksa lah kasi rambutan, ubi, pulut dan lain2. Isteri2 staf merungut tapi apa kan daya, suami mereka tiada pendapatan, yang ada installement kereta dah 2 ada 3 bulan masih tertunggak, yang ada sewa rumah 3 bulan tertunggak, surat2 bank dah terima, memang kebanyakkan akan jadi mukhlis tidak lama lagi. 


Terima kasih lah Insaniah terutama Ustaz Aski dan Dato Barni, walaupun dia masuk sebulan kerosakkam insan2 banyak berlaku. Kredit prepaid habis nak berhubung pun tak bolih dah, ramai staf berkurung di rumah, nak isi minyak tak mampu dah, semua ini angkara Squad Bersih pimpinan Aski dan kuncu kuncu.

 Sekarang dia jadi Penolong Pendaftar. Tiap keluhan mereka ditemani air mata. Aku pun dah rasa macam kita sudah di akhir akhir hajat bersama Insaniah. Waktu yang sama para pelajar baru hari dah sampai, mereka di tempatkan di Mergong. Entah lah mereka akan terus atau meninggalkan Insaniah. Teringat kisah di dalam seerah Nabi semasa golongan Quaraish memboikot keluarga2 orang Islam di Mekah. Akhir nya Allah membalas semua penzalim tersebut.

Mari lah semua berdoa agar kesangsaraan cepat di hilangkankan,
Amin. ( -Jack MKK )



BERITA DIBAWAH DARI BLOGGER PRO -UMNO :

MEREKA MENGAMBARKAN INSAN HOLDING TIADA KAITAN DENGAN KUIN DAN  DALAM KEADAAN RUGI.........


Lagi Gambar Staff KUIN Demo Bantah Kerajaan BN Kedah? #HanyaDiKedah

Ehh.. ehh.. ingatkan gambar staff KUIN bantah Kerajaan Negeri Kedah, sebab guna kain rentang. Rupanya gambar staff KUIN sedang bergembira dan menganjurkan kejohanan boling. Tapi semalam Haramkah kata Staff KUIN tak dapat gaji 2 bulan, betul ka?

Ohh.. itu bukan staff KUIN, tapi staff Insaniah Holding, Insaniah Holding adalah anak syarikat bawah KUIN yang sepatutnya menjana kewangan KUIN. Tapi selama dibuka Insaniah Holding ni, haram tak pernah bawa masuk duit langsung, semuanya harapkan duit KUIN sahaja.

Malah Insaniah Holding dibuka pada zaman Pas dan dipenuhi dengan parasit dan kroni Jamil bekas Rektor KUIN yang sudah melarikan diri.

Gaji staff Insaniah Holding, adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari staff KUIN sendiri. Kenapa tinggi? Itu kena tanya Jamil sebab dia yang uruskan, mungkin sebab staff Insaniah Holding terdiri dari kaum keluarganya, sebab tu kena bagi tinggi.

Logik ka sebuah syarikat yang gagal menjana pendapatan, dan mengharap duit dari kerajaan negeri, mempunyai pengurus bergaji rm30k sebulan? dan staff baru yang mempunyai gaji tinggi dari staff asal KUIN. Logik ka?

Sebab tu Kerajaan Kedah menangguhkan pembayaran gaji, sebab Insaniah Holding gagal untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam kontrak.

Dah lama kot makan gaji buta, cukup-cukuplah tu.. pi la cari duit dan buat kerja pula.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...