03 Julai 2013

KUIN..BAKAL HANCUR -Siri 2


KUIN...BAKAL HANCUR SIRI 1

Banyak lagi maklumat bagaimana sabotaj dari dalam dan luar  berlaku sebelum ini ....

Antara nya adalah seperti berikut : -

Ustaz Azki, Dato Bani : Bersiap sedialah menghadapi kehancuran dan bala’ dari Allah s.w.t

Abdullah bin Abbas radiallahu’anhu telah berkata:
“Bahawasanya ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Muaz Bin Jabal radiallahu’anhu ke negeri Yaman (untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.
(Muttafaqun ‘alaihi; Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29); Tirmizi dalam Musnad Imam Ahmad, Abu Ya’la & Dhiya AL-Maqdisi).

Didalam isu KUIN, orang2 yang teraniaya merupakan kakitangan yang di sekat gaji2 mereka dan keluarga mereka dan jumlah mereka bolih mencapai ratusan manusia yang teraniaya. Sekira makbul seorang pun doa mereka itu, bersiap sedialah squad Bersih KUIN dan pemimpin2 mereka menghadapi azab dan bala’ yang bakal dikenakan keatas mereka dari Allah s.w.t

Abdullah bin Abbas radiallahu’anhuma dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa’, telah berkata: “Allah tidak menyukai seseorang yang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan jika orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu, tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi”. (Tafsir Ibni Kathir 1/571)

Tahukah Ustaz, bahawa setiap kezaliman yang menimpa anak2 kecil, isteri2 dan lain-lain insan yang bergantong hidup dengan gaji dari KUIN akan disoal di hadapan Allah kelak di hari mahshar.

Tahukah Ustaz, segala fitnah dan tuduhan jahat keatas insan lain seperti bekas Rektor lama dahulu juga merupakan dosa besar yang tidak terampun melainkan Ustaz2 sekelian meminta maaf dari mereka itu sebelum kematiannya.

Apabila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi’in yang bernama Sa’id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa “Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj”. Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).

Di bawah ini adalah tuduhan2 kepada Dato Jamil , bekas Rektor KUIN dan komen2 saya yang mana saya tahu. Tuduhan ini saya ambil blog squad bersih bertajuk “17 dosa besar Dato Jamil” olih Insan Tulis.

1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di’tendang’ ke Yayasan Islam Kedah tanpa proses perbicaraan yang jujur; 
 PASTIKAN KEBENARAN PERKATAAN DITENDANG
perkara tindakan tataterib perkara mengikut undang2 sesebuah instituisi, ramai para pelajar universiti lain lebih terok di kenakan tindakan dan ini bukan bolih di salahkan Dato Jamil seorang

2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;
syarikat menjalankan kerja-kerja ikhlas kerana Allah untuk masa depan KUIN dan negeri Kedah dapat bersama didalam arus perkembangan akademik. Menambah program bukan bererti tamak harta, tetapi mengembangkan pendidikan bertarap ijazah kepada rakyat Kedah dan lain-lain.

3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN;
sekira mahu mendapat kepakaran dari professional di bidang2 tertentu maka semestinya KUIN perlu membayar gaji mengikut harga pasaran, gaji para Doktor dan ahli akademik professional lain memang tinggi. Jangan anggap gaji itu sebagai membazir kerana kepakaran itu nanti akan mendidik pelajar2 Kedah. Visi Ust Azizan dan Dato Jamil jauh ke hadapan tetapi puak2 Bersih Kuin ternyata gumud dan kolot dalam kepompong sendiri tidak berpijak di bumi nyata. Sekarang tindakan puak2 ini akan mengembalikan KUIN ke era sebelum 2008.

4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi; -
sila rujuk semula MQA sekira berbohong atau tidak, tidak semestinya dengan tiada pelajar kita bolih menghukum kakitangan kuliah2 tersebut. Tindakan2 pihak Bersih yang mensabotaj kemasukkan pelajar baru juga menolong mematahkan niat2 pelajar2 baru memasuki kursus2 pilihan mereka yang kemdian mereka salahkan Rektor dan Lain-lain. Ini lah merupakan manusia yang bertopengkan Islam tetapi munafik kepada perjuangan Islam itu sendiri.

5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN; -
adakah ini disebabkan Dato Rektor atau MB, bukankah kerjasama pihak lain (SS di Pejabat Kewangan Negeri) dalam melambatkan bayaran2 kepada KUIN dan kakitangan2 munafik yang belot kepada KUIN melambatkan dan mensabotaj segala usaha2 bekas rektor dan akhirnya menyalahkan Rektor atas kelakuan sabotaj mereka.

6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga;
siapa yang nafikan, adakah KUIN ini IPTA atau adakah ia IPTS ? di mana kedudukan KUIN sebenarnya

7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus; -
kerana mereka mempunyai niat-niat tertentu yang di warwarkan squad Bersih dalam blog mereka untuk melakukan sesuatu.

8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang; -
kerana kehadiran MB dimajlis KUIN, maka squad amal perlu menjaga keharmonian majlis dari di rosakkan olih puak Bersih

.9) Unit Amal PAS/MTD Kuala Ketil dibenarkan masuk di Kampus KUIN Kuala Ketil:
campur tangan politik, menganggu urusan warga KUIN, bertindak kasar terhadap kakitangan KUIN;

10) Tiada bonus tahunan; -
bolih siasat siapa punca kewangan di KUIN di sekat2

11) Kelewatan pembinaan asrama di Kampus Kuala Ketil; menyusahkan para pelajar;
Salah siapa yang membina projek asal kampus dan kenapa Rektor yang di pertanggong jawabkan. Mana akitek, mana anak2 syarikat Kedah dan mana peranan bijak pandai dalam negeri Kedah semasa rancangan pembinaan di lakukan.

12)Ketiadaan masjid dan rumah staf di Kampus KUIN Kuala Ketil; -
sama seperti 11, adakah pihak kerajaan persekutuan membantu KUIN. Sedarlah wahai ustaz-ustaz dalam squad Bersih, jangan lah kamu tutup satu mata kepada perkara ini.

13) Penipuan dokumen dan minit mesyuarat;
rujuk juga siapa yang menjaga minit2 dan dokumen Rektor, kenapa minit tidak di buat sekretari Rektor , bukan kah ini sabotaj di zaman Shaik yang mengendalikan asrama di Sg Petani

14) Didenda sebanyak RM272,000 oleh KPT akibat pengambilan pelajar yang tidak cukup syarat; -diatas kesalah siapa?
Bukan Rektor yang bersalah, tetapi ada bersama pihak-pihak lain seperti ahli Senat, Pendaftar, HEA dan HEP tetapi mereka seolah-olah sengaja membiarkan kesalahan ini berlaku supaya bolih memburukkan Rektor kemudian. Ini taktik dan strategi buruk squad Bersih, menyalahkan satu pihak olih tindakan salah pihak lain.

15) Tdi sebabkan sabotaj ini lah Shaik mengambil tindakan terhadap KUIN dan perkara ini di zaman Latif dan Najib dahulu. Waktu itu siapa menjaga kewangan KUIN, bukan kah En Latif sebahgian dari squad Bersih dari belakang tabir. Kenapa pula di salahkan Rektor di sebabkan tindakan2 salah pihak lain.àerpaksa membayar gantirugi sebanyak RM1.6j kepada Shake Cuisine akibat kegagalan membayar hutang;

kalau bukan dari asal yang sama , kenapa perbincangan2 di Laguna Merbok dengan orang2 UMNO negeri Kedah ?

16) menuduh kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO walhal parti tersebut tiada kena-mengena dengan masalah yang sedang berlaku; -

apa bezanya sekarang? Kalau dahulu gaji masih berjalan, sekarang gaji di sekat2 2-3 bulan, malah orang2 seperti Ustaz Ghani Shamsuddin di tamatkan kontrak, Dato Latifah (Pendaftar) juga di tamatkan kontrak, Dekan Asasi Dr Faridah, pegawai2 tinggi lain hanya menanti surat tamat kontrak. Ada pensyarah kanan yang sudah pun tinggalkan KUIN, begitu juga ramai Doktor2 yang dari al Azhar majoriti sudah tidak akan kembali lagi selain pegawai2 tinggi seperti Dr Ramli CEO Insaniah Holding,

17) menyuruh kakitangan yang tidak berpuas-hati meletak jawatan sedangkan perjuangan hanyalah menuntut hak yang telah dinafikan. –

Ustaz AZKI , Dato Hajjah BARNI

Bagaimana kulliyyah2 di bawah Insaniah Holding di kata bukan dari Kulliyyah2 Insaniah sedangkan :-

1, Permohonan program2 tersebut diMQA di lakukan oilh Universiti Insaniah
2. Diluluskan olih Senat Insaniah dan Exco negeri Kedah
3. Segala yuran2 pelajar dari PTPTN di ambil olih Universiti Insaniah
4. Insaniah Holding merupakan anak syarikat KUIN sendiri, rujuk lah Borang 24 , borang 49 syarikat.

Ingatlah, bahawa setiap kezaliman nanti akan di balas Allah s.w.t

InsyaAllah bersambung lagi.

~King Long

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanya sama Azizan!
tanya sama PAS kedah,
padan muka,
tikam belakang dan munafiq.

Tanpa Nama berkata...

cukuplah pembangkang...rentikanlah fitnah...membohong banyak sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...