29 Julai 2013

Kantoi ! Buat Projek Dalam Kereta Peronda, Cif Inspektor Dipenjara 14 Tahun...DAN 2 LAGI PEGAWAI POLIS DIDAKWA TERLIBAT JENAYAH....

Polis dihukum lakukan seks oral




KOTA BHARU - Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.

Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius.

“Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya.
~SinarHarian



INI SATU KES LAGI MELIBATKAN PEGAWAI POLIS:


Pegawai polis ditangkap mencuri

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang yang dipercayai rakan subahatnya telah ditangkap kerana mencuri sebuah motosikal kepunyaan warga emas.

Kejadian samun berlaku di kawasan berhampiran Hong Leong Bank, PJ Old Town, Petaling Jaya. Kejadian dilaporkan berlaku apabila mangsa seorang warga emas berbangsa Cina bernama Woon Foon Yin (71) yang berniaga buah turun dari motosikalnya jenis Hinda Ex5 telah didatangi seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh terus melarikan motosikal mangsa.

Setelah laporan dibuat, polis terus bertindak dengan membuat pemantauan di lokasi tersebut, seorang lelaki Cina dikesan cuba menghidupkan motosikal berkenaan dan suspek berjaya ditangkap.



Siasatan terhadap suspek telah membawa kepada tangkapan suspek kedua yang juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang telah meminjamkan motosikal berkenaan kepada suspek pertama.

Hasil siasatan suspek kedua adalah seorang pegawai polis yang telah ditahan daripada bertugas. Pegawai ini telah dituduh di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun Stesyen Minyak Shell di Highway Juru.

Siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan batang besi di KK Speedmart di PJ Old Town. Rakaman cctv mengesahkan muka kedua-dua suspek.


KES TERBARU BACA SINI :


Inspektor polis terlibat kes kematian Dhamendran serah diri


Hari Krishnan Subramaniam (gambar), Inspektor polis yang dicari selepas dipercayai terlibat dalam kes kematian dalam tahanan, N Dhamendran menyerah diri kepada polis pagi ini.

Pegawai polis yang menghilangkan diri selepas didakwa terbabit dalam insiden itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hal itu. - 29 Julai, 2013.~ TMI


Komen : Nampak tak realitinya hari ini, sepatutnya Pihak Polis mencegah jenayah tetapi mereka terlibat dengan jenayah, apa nak jadi pun dah jadi....apa pendapat anda?


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...