28 Julai 2013

Gempar ! Pengerusi Mywatch Ditembak, Cubaan Untuk Halang Dedah Jenayah Polis

Cubaan bunuh Pengerusi MyWatch untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa

 

Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi MyWatch itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.

"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan.. Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Keadaan Pengerusi Mywatch, R. Sanjeevan yang sedang dirawat di Hospital yang dipercayai ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Taman Awana Indah, Bahau.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi.

Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.

Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu.

Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang.


MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...