14 Mei 2013

TERHOT ! APA LAGI PERKASA MAHU ? ORANG MELAYU BERCAKAP BENAR HANGPA NAIK BERANG..!!!



Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang

Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?


"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'. SUMBER

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Btol la tu... Kita nak perpaduan, Perkasa n sekutu berjuang utk perkauman. Aku setuju sgt apa yg azran komen.

Melayu celek berkata...

Raman pekasa yang bodo....ni aku nak habak kat hang ...betoi la semua kejayaan yang melayu ada la ni pasai umngok dan pekasa yang mati2 bejuang....ish...ish..kalu kata umngok ngan pekasa tak dak..pakat abih mampuih la melayu suma merempat....ish..ish..sampai lagu tu no punya la tera umngok ngan pekasa ni.....macam jebon dok dalam reban ayam.....kata nak jaga ayam...pastu ari2 ada ayam ilang...yang malayu spesis umngok n pekasa punya la dok pecaya yang jebon ni betoi2 jaga ayam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...