15 Mei 2013

TERHANGAT ! MASAK AHMAD SAID KALAU BERITA INI BENAR.... BN TERENGGANU TUMBANG?

Saksi dan Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?


Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.

Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.

Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!

Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.


Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan tuan Presiden dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu. Lagipun, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Ini bertentangan dengan prosedur mahkamah.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu umpama api dalam sekam. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya.

PAS bukan sekadar parti politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah Jemaah Islam yang bukan sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan keadilan, menentang Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam, mentadbir Malaysia khususnya dengan Islam yang syumul. Kamu ingat PAS hanya diam membisu dengan segala penipuan ini? PAS bergerak dengan penuh strategi, percaturan bukan hanya sekadar mengadakan himpunan di seluruh negara. Mohon celik. :)

Akhir kata, peringatan keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu. Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!! Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^

"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat ade hak untuk mngkritik atau menegur. tuan guru bkerja untuk rakyat.. cuma cara mgkritik perlu dijaga!

Tanpa Nama berkata...

Sama-sama kita tunggu dan berdoa. Ingat jika kita benar Allah SWT tetap bersama kita.

Tanpa Nama berkata...

Tengok bahasa lah bro ..jika bahasa serapah makian tentu jiwanya kacau bilau..macam orang yang pilih wakil rakyatnya juga..kalau pilih kaki auta tentu dia suka auta jugak...mungkin...maaf.

Tanpa Nama berkata...

iderie jusoh pukimak muka mcm keropok lekor tamat tempoh tu akn makan tanah InsyALLAH

Tanpa Nama berkata...

MAT SAID RUNTUH sial tu ckp mcm x sekolah...dia ingat ganu ni mak pak dia punya....ciotttt

Tanpa Nama berkata...

Ingat jika kita benar ALLAH tetap bersama kita, jika mereka BENAR ALLAH tetap bersama mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...