Lebih baik BN yang sertai Pakatan, kata Karpal
Memang paling lawak Karpal kata BN sepatutnya sertai Pakatan bukan sebaliknya....
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya akan menjadi orang pertama yang keluar jika DAP memutuskan untuk berbuat demikian dan saya pasti 100 peratus daripada anda semua bersama saya," katanya ketika berucap di majlis pertemuan wakil rakyat DAP pagi ini.
Bagaimanapun, beliau berkata parti itu "perlu menimbang dengan berhati-hati" untuk bekerjasama dengan BN dalam isu-isu kepentingan negara bagi mengelakkan polarisasi politik negara.
"Sudah tentu, yang terbaik adalah untuk BN menyertai Pakatan Rakyat,"
katanya berjenaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan