09 April 2013

TERKINI ! CHUA JUI MENG SAH DI SEGAMAT LAWAN MIC



Seperti yang diramalkan semua pihak sebelum ini, akhirnya spekulasi di mana Pengerusi KEADILAN Johor, Dr Chua Jui Meng bertanding terjawab!

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan bekas menteri kesihatan itu bertanding di kerusi parlimen Segamat, sebagai ganti kepada parlimen Gelang Patah yang ditanding DAP melalui Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Anwar mengesahkan perkara itu dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Anjung Batu, Tangkak kira-kira jam 11.55 malam tadi.

Anwar turut mengumumkan tiga lagi calon KEADILAN yang bertanding iaitu Julailey Jemadi di parlimen Sekijang dan Mohd Khuzzan Abu Bakar di parlimen Sri Gading dan Hassan Karim di parlimen Ledang.

Jui Meng dijangka akan berhadapan dengan BEKAS menteri sumber manusia, S Subramaniam yang juga timbalan presiden MIC.

Sementara Julailey akan menghadapi tentangan sengit dari bekas ahli parlimen, Baharum Mohamed yang juga ketu Umno bahagian.

Bagi parlimen Sri Gading, Mohd Khuzzan pula dijangka akan berhadapan dengan ahli parlimen veteran Umno, Mohamad Aziz bagaimanapin Mohamad dijangka digugurkan dari senarai calon kerana tidak disenangi pentadbiran perdana menteri, Najib Altantuya.

Hassan merupakan naib pengerusi KEADILAN negeri yang dahulu bertanding di parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum lalu. Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Untuk parlimen dalam negeri Melaka, Anwar mengumumkan seorang bekas pensyarah di sebuah kolej di Brunei, Rahim Ali dalam satu lagi ceramah Merdeka Rakyat di Bukit Baru, Melaka.
Rahim merupakan ketua cabang KEADILAN Tangga Batu dan menggantikan bekas ketua wanita KEADILAN negeri, Zainon Jaafar yang tewas di tangan bekas penyandang, Idris Haron.

Sementara itu, DAP sudah pun mengumumkan calon bagi parlimen Tanjong Piai semalam.
Mahdzir Ibrahim dicalonkan parti itu bagi menentang calon MCA yang dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu lagi.

Pengumuman tersebut dibuat Kit Siang dalam satu ceramah perdana di Pontian malam semalam.
Berikut merupakan senarai terkini yang disahkan setakat jam 7 pagi tadi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...