Akujanji Menentang Turunkan Harga Kereta:
Ramai akan muflis -Nor Yaakop
Tidak praktikal -Ismail Sabri
Rencat usaha kerajaan -Khairy KJ
Turun harga mengelirukan -Mukhriz
Macam mana boleh pusing 360darjah?
BESTARI JAYA, 7 APRIL : Manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sangat lemah dan tidak berkualiti.
Demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengulas manifesto BN yang diumumkan malam tadi.
“Saya dapati kualiti kajian manifesto BN sangat lemah, ini kerana kualiti kajian mereka tidak merangkumi apa yang dipanggil perkara-perkara ‘makro’ yang akan mengubah bentuk ekonomi negara.
“Saya rasa, ini adalah sebabnya Kerajaan Najib tidak menggunakan kepakaran yang sedia ada dalam penjawat awam,” katanya.
Katanya, kerajaan Najib tidak menggunakan khidmat Unit Perancang Ekonomi, Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam ekonomi negara.
“Saya pernah bekerja dengan rakan-rakan di Unit Perancang Ekonomi Malaysia, saya dapati kualiti kajian mereka sebelum PM membuat usul ini sudah diadakan apa yang dipanggil kajian kesesuaian dan cara perlaksanaan.
“Nampaknya Umno-BN manifestonya ‘ad hoc’ (tergesa-gesa),” jelasnya lagi.
Menurut Abdul Khalid lagi, untuk tidak bersikap berat sebelah, beliau tidak mahu membandingkan manifesto BN dengan Pakatan Rakyat tetapi ia boleh dibandingkan dengan manifesto yang dilakukan oleh Kerajaan Singapura.
“Kalau nak bandingkan, bandingkan manifesto Malaysia dan manifesto yang dilakukan di Singapura, dan daripada perbandingan yang saya lakukan malam tadi, kita kurang melakukan kajian,” ujarnya.

2 ulasan:
Itu lah puak2 munafik UMNO yg boleh berubah-ubah pendirian dn pendapat mereka...puak2 ni tak kisah kalau nak telan balik air ludah mereka...kahak pun dia akan telan asalkan terus berkuasa utk menkayakan diri dan keluarga serta kroni2 mereka...mereka akan memperkudakan melayu2 yg masih tak sedar dari tidur...aduhai bangsaku...ayuh bangun dan benamkan puak2 UMPORNO utk selama-lamanya!!!
Namanya pun manifesto ciplak, fotocopy dan cut and paste. Serupa dengan blogger2 cai Umno.
Catat Ulasan