Kenyataan Terbuka
1 Mac 2013
Rakyat Bersama Keberanian Bala, Nantikan Episod Kedua Hari Ini di Kelantan
Pertama sekali Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada PI Bala di atas keberanian beliau muncul di pentas ‘Talkshow’ anjuran SAMM. Sekalung tahniah juga dihamburkan buat lebih tiga ribu hadirin yang ‘melimpahkan’ Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH) malam semalam.
Tidak cukup dengan dewan dan pentas, satu skrin besar diletakkan di kawasan parkir dan menyaksikan ratusan hadirin memenuhi parkir kerana dewan yang sudah penuh. Festival Talkshow malam tersebut juga telah keudara secara LIVE oleh Radio Bangsar dan memecah angka rekod dengan lebih 60ribu pendengar dari seluruh dunia.
Ia jelas menunjukkan isu pembunuhan Altantuya masih mendapat perhatian yang menyeluruh walaupun telah hampir 7 tahun berlalu. Isu pembunuhan penuh misteri ini bukan sahaja satu kes pembunuhan semata, malah ia sebuah misteri yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan melibatkan separuh bilion duit rakyat.
Kemunculan semula PI Bala di pentas SAMM malam semalam menghurai banyak persoalan walaupun bukan keseluruhannya. Setelah beberapa pimpinan NGO naik ke pentas memberi perspektif masing-masing, dewan digelapkan dan PI Bala naik ke pentas bersama moderator Chegubard sebagai kemuncak program.
Satu jam yang pertama PI Bala menceritakan pengalamannya sepanjang bekerja dengan Razak Baginda. Penceritaan konsisten dan lancar mengulang setiap detik yang berlaku dengan apa yang dilaporkan dalam pengakuan bersumpahnya adalah ciri-ciri orang yang bercerita dari pengalaman sebenar, bukan rekaan atau penipuan sepertimana petikan inggeris “Liars have a bad memory”.
PI Bala juga mengakui beberapa perkara yang telah didedahkan oleh Deepak Jaikishan sebelum ini. Antaranya termasuklah beliau akui Deepak sebagai orang tengah yang dihantar oleh Rosmah, nama pengiring Najib/Rosmah iaitu DSP Musa Safri dan s/u Najib iaitu Nasir Safar juga disebut. Turut didedahkan oleh PI Bala ialah ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan Altantuya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga telah diketahui oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.
Paling menggemparkan ialah PI Bala mengakui beliau telah dipertemukan kepada adik kepada Najib iaitu Nazim Razak yang membawa tawaran supaya PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya. Apabila ditanya oleh Chegubard sejauh mana pastinya PI Bala mengenali susuk adik kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, PI Bala menjawab beliau mengenali personaliti TV3 yang dikahwini oleh Nazir, yang juga bermakna Najib Razak benar-benar terdesak untuk menyelesaikan kes yang boleh membawanya ke tali gantung.
Justeru itu, SAMM hari ini sekali lagi mendesak agar kes pembunuhan Altantuya Shaariibu harus dibicarakan semula dengan mengambil kira akuan bersumpah PI Bala yang pertama dan Najib Razak serta Rosmah harus di’subpoena’ ke Mahkamah perbicaraan.
Sampai bila Najib Razak harus berdiam diri? Sebagai Perdana Menteri, Najib harus bersihkan namanya dengan sekurang-kurangnya menjawab segala pendedahan yang dibuat.
Selesai episod pertama di KLSCAH yang berlangsung dengan gemilang walaupun sebagai episod pelancaran atau ‘pemanas badan’. Episod kedua pada 1 Mac, SAMM akan membawa ‘Bala buat Najib’ ke Pantai Timur di Kota Bharu, Kelantan. Bertempat di Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Kg Badak, Bachok, pentas kali ini akan dilangsungkan dengan format yang berbeza, mengikut resam SAMM yang penuh dengan kepelbagaian.
Buat masa ini 4 episod awal telah disusun di mana episod ketiga ‘Bala buat Najib’ akan berlangsung di Johor pada 6 Mac manakala episod terakhir dalam fasa pertama ini PI Bala akan dibawa terbang menyeberangi Laut Cina Selatan ke Sabah pada 9 Mac nanti.
Sekian,
che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com-
Siapa Arah Bunuh Altantuya? Bersama PI Bala VIDEO PENUH
VIDEO PART 1 http://www.youtube.com/
VIDEO PART 2 http://www.youtube.com/
VIDEO PART 3 http://www.youtube.com/
VIDEO PART 4 http://www.youtube.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan