PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang semalam dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan 'penjenayah' bebas.
SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.
PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.
Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;
Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)
SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com
@edyesdotcom
010-2675872
Tiada ulasan:
Catat Ulasan