28 Februari 2013

TERKINI ! MILITAN SULU MELEPASKAN TEMBAKAN AMARAN KEPADA TENTERA..

Ceroboh Lahad Datu: Tiada Perubahan Timbul Laporan Serangan Berlaku

TANJUNG LABIAN (LAHAD DATU): Pencerobohan Sulu yang berterusan berlaku di daerah pantai timur Sabah masih tidak berubah bagi minggu ketiga pada Khamis.

Beberapa laporan menimbulkan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan itu.

Satu laporan mendakwa beberapa tentera datang mendekati Kampung Tanduo di mana telah dikepong oleh para pengikut Kesultanan Sulu.
Kehadiran anggota keselamatan yang ramai dilihat di beberapa lokasi strategi di sekeliling kawasan kampung di tepi pantai itu pada lewat Rabu.

Polis Sabah turut enggan mengulas mengenai sekiranya tembakan dilepas di kawasan tersebut pada petang Rabu walaupun penduduk kampung berhampiran ada mendengar bunyi berkenaan.

Ketua kumpulan Sulu, Rajah Muda Azzimudie Kiram memberitahu media Filipina bahawa anggotanya telah melepaskan tembakan sebagai amaran selepas mengesan apa yang didakwanya terdapat enam anggota keselamatan Malaysia memasuki kampung itu.

Walaupun mendakwa datang ke Sabah secara aman, Azzmudie memberi amaran bahawa para pengikutnya bersedia untuk “menentang sehingga bermati-matian sekiranya membangkitkan kemarahan mereka.

Sumber-Mstar Online

1 ulasan:

hassan berkata...

gempur habis2an kerana mereka datang buat masalah kalau boleh tangkap ketuanya untuk mendapat maklumat sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...