09 Februari 2013

Panas ! Saudagar Karpet Perli...Tun Mahathir Pekak Badak....


Saya setuju ke Mahkamah, bagaimana Najib - Deepak

 Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir bahawa isu dakwaan beliau perlu diselesaikan melalui proses mahkamah.

Namun katanya, isunya adalah adakah pihak polis sedia membawa segala dakwaannya ke mahkamah dan bersediakan Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Najib, Nazim Razak sedia ke mahkamah menjadi saksi.

Beliau juga menyebut, apakah "pihak lain juga akan datang sebagai saksi bila sapina dikemukakan atau menjadi 'demi god' bila diminta mengangkat sumpah dan bercakap benar atau ketika disiasat polis atau SPRM."

"Kita semua tahu, ia tidak akan berlaku," tegas Deepak dalam kenyataannya yang dihantar kepada media hari ini.

Deepak dipercayai mengulas nasihat Tun Dr Mahathir agar Najib jangan melayan semua dakwaan Deepak terhadapnya.

Katanya, Najib tidak perlu membuang masa untuk menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Deepak terhadapnya dan keluarganya.

"Beliau tidak perlu menjawabnya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Cheras hari ini.


Beliau berkata sebagai perdana menteri, Najib akan berdepan dengan pelbagai tuduhan sepertimana yang pernah dialaminya semasa menerajui kerajaan dahulu.

Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Deepak itu, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu sepatutnya dibawa ke tempat yang betul, seperti mahkamah, yang boleh memutuskan perkara itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...