03 Februari 2013

Panas ! Polis Berkerja Untuk Rakyat atau Untuk Mafia..???


Pengerusi MyWatch diancam akan ditembak polis
Hamdan menunjukkan dakwaan Sanjeevan dalam sebuah laman blog pada sidang media di IPK negeri, semalam.

SEREMBAN - Satu pasukan khas diwujudkan polis negeri bagi menyiasat insiden membabitkan Pengerusi Pasukan Tugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pasukan tersebut ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Sanjeevan yang kononnya diancam akan ditembak polis kerana cuba mendedahkan aktiviti perjudian siber di Jelebu.

“Kita sedang menyiasat kesahihan dakwaan Sanjeevan melalui laporan yang dibuatnya pada 29 Januari lalu, dan jika benar perkara ini berlaku, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada anggota yang terbabit.

“Bagaimanapun, kita menyangkal tohmahan beliau yang mengatakan, polis melindungi aktiviti perjudian siber di Jelebu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Hamdan berkata, pihaknya turut menafikan, kononnya polis di daerah berkenaan enggan mengambil sebarang tindakan terhadap premis judi terbabit sejak dua tahun lalu.

“Statistik kita pada 2011 menunjukkan, sebanyak 66 serbuan dilakukan, di mana 75 individu telah ditangkap dengan 52 daripadanya dituduh manakala dua lagi masih dalam siasatan, selain menyaksikan sebanyak 719 mesin judi dirampas.

“Pada 2012, sebanyak 153 serbuan dibuat dengan menyaksikan 41 daripada 70 individu yang ditangkap telah pun dituduh, serta mencatatkan hasil rampasan sebanyak 864 mesin,” katanya.

Menurut beliau, sehingga 28 Januari 2013 pula, sebanyak tujuh tangkapan telah dibuat dengan 84 mesin diperolehi, hasil 12 serbuan yang dilaksanakan.

“Justeru, tohmahan dilemparkan Sanjeevan bahawa polis membiarkan premis judi berleluasa di sekitar Jelebu ternyata tidak benar,” katanya.

Mengulas tentang tiga anggota polis yang enggan mengambil tindakan semasa di lokasi kejadian, Hamdan menjelaskan, keputusan dibuat mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 serta Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Peraturan tersebut menggariskan, hanya polis berpangkat Inspektor dan ke atas sahaja dibenarkan memasuki premis berkenaan untuk menjalankan serbuan dan rampasan.

“Lagipun, serbuan tidak boleh dibuat secara melulu berikutan perlunya persiapan rapi serta kehadiran pakar siber, demi menjamin hasil yang positif,” katanya.

Terdahulu, Sanjeevan dalam sebuah laman blog mendakwa, telah membuat laporan polis berikutan menerima ugutan melalui panggilan telefon kira-kira jam 3.43 pagi, bahawa akan ditembak oleh anggota polis kerana mendedahkan kegiatan perjudian siber di Jelebu.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila tiga anggota polis yang hadir ke lokasi perjudian di situ tidak mengambil sebarang tindakan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamana ni tuan ACP; Tahun 2011 polis rampas 719 mesin, tahun 2012 rampas 864 mesin judi. Tahun 2013 dalam satu bulan dah rampas 84 mesin? Bermakna kegiatan berjudi makin bertambah. Daerah Jelebu tak banyak pekan. Pejabat polis di K Klawang besar tersergam. Seremban pun hanya 15 minit saja dari K. Klawang.Tapi judi makin menjadi2. Di daerah Seremban tak usah cakaplah bilangan kedai judi berkomputer ni.Yang majoriti pemain tetap ialah orang Melayu.Di mana silapnya? Kedai2 judi tu bukan tersorok di ladang2 felda, kadang2 tak jauh dari balai polis.

kampong lad berkata...

depa dok main wayang!!!!

Tanpa Nama berkata...

mcm hal la depa ni...

Tanpa Nama berkata...

ko punya title header gempaq ...Panas ! Polis Berkerja Untuk Rakyat atau Untuk Mafia..???

kalau polis buat kerja untuk mafia
takkan ko blei kluar rumah pergi beli nasi lemak abg ooiii...
takkan ko blei g masjid/tokong/kuil dengan aman
takkan ko blei g sekolah/pejabat/klinik dengan aman

apa masalah ko sebenarnya...

masalah tentang sanjeevan , polis dah buat pasukan khas
masalah tentang mesin judi , Tahun 2011 polis rampas 719 mesin, tahun 2012 rampas 864 mesin judi. Tahun 2013 dalam satu bulan dah rampas 84 mesin . apa lagi hg mau ? qapla betoi la hg nh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...