28 Februari 2013

GEMPAR ! JEJANTAS (FLYOVER) DI PUTRAJAYA RUNTUH !!!




Terkini projek runtuh Kerajaan Barisan Nasio-anal. laluan Flyover telah runtuh tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. 

Agak-agak korang apa yang akan dipusingkan cerita pasal runtuh ni nanti. Mesti macam cerita dan tunding-menunding jari akan kedengaran nanti. Ingat BN ingat Runtuh.. BN pasti runtuh dalam PRU ini.

Menurut lapuran laluan ini telah lama ditutup akibat kegagalan tanah dan sementara menunggu diperbaiki semula jejantas tersebut telah runtuh sendiri 

Tanggapan orang ramai  seperti dibawah :

Sebenarnya diorg dah tau akan runtuh tanah kat situ.. sebab tu diorg cepat2 buat lencongan jalan.. Kalau nak runtuh dah lama dah dia runtuhkan.. kenapa tunggu runtuh sendiri tak cukup peruntukkan ke.?

Sumber

Dipetik dari Twitter Bernama :


BERNAMA ‏@bernamadotcomBERNAMA

Jambatan dalam pembinaan di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 dekat Lebuh raya ELITE runtuh - Bomba




Flyover collapses in Cyberjaya
February 28, 2013

The flyover, which appeared to have broken into two, is located in the Selangor Science Park.
FMT ALERT


CYBERJAYA: Twitter users have circulated photos of a collapsed flyover in Cyberjaya, the nation’s information technology capital.

The flyover, which appeared to have broken into two, is located in the Selangor Science Park. According to reports, nobody was hurt in the incident. It is learnt that the incident happened at about 1pm today.

Last week, the roof of the state stadium in Kuala Terengganu also collapsed amidst repair works for a similar mishap earlier. ~FMT



Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini projek di bawah PKNS la (Kerajaan Negeri Selangor, bukan BN punya)...lepas siap baru depa serah kat Lembaga Lebuh Raya (Kerajaan BN). Kiranya kerajaan PAS/PKR buat projek taik & serah kat BN la...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...