25 Disember 2012

PANAS ! ISA SAMAD MELOPONG LAGI...!!!




MAHKAMAH ARAH AGM KPF 27 DISEMBER BATAL


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

- Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.

- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.

- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013.


Mengulas keputusan mahkamah itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, keputusan tersebut melegakan 246,000 ahli KPF.

"Saya bagi pihak Anak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keputusan berani hakim.

"Ia sangat melegakan 246,000 ahli KPF dan menyelamatkan berbilion caruman dan aset KPF daripada penyamun yang diketuai (Tan Sri) Isa Samad," katanya kepada Harakahdaily.

Anak sebelum ini mendakwa wujud konspirasi untuk melantik Isa dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dalam KPF.

Pelantikan dua individu tersebut akan membolehkan KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

4 ulasan:

syed berkata...

Saya masih belum faham mengapa KPF diganggu gugat setelah FGV menolak KPF untuk menyertai FGV dalam projek penyenaraian awam dulu.
Mungkinkah ada agenda lain untuk mempurak purandakan KPF
Amat menyedihkan bagi pelabur dalam KPF mendengar isu ini.
Mungkin saham FGV jatuh kerana ada kaitannya dengan usaha mengganggu KPF yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FHB di samping FGV sendiri. Adakah pengurusan FGV tidak menyedari isu ini?

Tanpa Nama berkata...

KPF banyak duit cash in hand... la ni pun dah banyak kes duit KPF dlm prss disapu... Just wait n c. One aftr another issue will crop up...

LKTP1436 berkata...

Sdr Syed, sebenarnya bukan FGV menolak KPF utk menyertai FGV tetapi FGV memaksa KPF menyertai FGV, namun usaha tersebut tidak kesampaian kerana pengerusi KPF iaitu Datuk Dzul dan ALP KPF tidak bersetuju dng cadangan KPF menjual hartanya kpd FGV, kerana itulah Isa Samad mahu merampas jawatan pengerusi KPF bagi melaksanakan hajatnya memaksa KPF bersama FGV atau melaksanakan cadangan baru meyenaraikan terus KPF ke bursa m'sia.

Persoalannya, apa perlunya KPF di senaraikan atau menyertai FGV, sdgkan dng tidak disenaraikan pun KPF sudah sangat kukuh dan tidak memerlukan wang modal baru, cukup wang yg KPF ada pun sudah sangat selesa berniaga.

Sebenarnya Isa samad dan kuncu2nya bukan mahu menaikkan lagi pendapatan KPF tetapi mereka ada projek mereka sendiri yg jika di biarkan bakal melumpuhkan KPF sendiri di masa depan.

Tetapi para pelabur yg rata2nya peneroka dan staf felda terlalu percaya Isa Samad, alasannya kerana yg melantik Isa ialah Datuk Najib sendiri........inilah yg payahnya.

Tanpa Nama berkata...

sebelum percaya isa samad tu...selidik dulu apa yang dia buat kat negeri sembilan tu dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...