26 Disember 2012

BERITA GEMPAR ! JAMBATAN KEDUA SULTAN YAHYA PETRA DIANCAM HANYUT OLEH BANJIR..!!!






 Struktur sementara Projek Jambatan Ke-2 Sultan Yahya Petra diancam dihanyutkan oleh arus deras Sungai Kelantan. Jika berlaku, nampaknya tertangguh lagi lah projek jambatan ini. Video dirakam pukul 11 pagi 25 Disember 2012.

video untuk tatapan rakyat kelatan, Jambatan sultan yahya petra ke 2 yang bernilai jutaan ringgit dan tak tahu bila nak siap sudah kena hanyut air banjir sungai kelatan





Pak Lah ditemani Anuar Musa dalam melancarkan simbolik perasmian pecah tanah

KOTA BHARU 02 Ogos 2007 – Satu Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 dengan penuh bersejarahnya telah dirasmikan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.

Projek rintihan daripada RMK-9 yang dirancang oleh Dato’ Mustapa Mohamed selaku Menteri Pengajian Tinggi kini melibatkan usahasama diantara kerajaan pusat melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor tempatan, REDLAND Sdn. Bhd. bertujuan bagi menangani masalah kesesakan lalulintas yang menghubungkan antara Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.

Pak Lah dalam ucapannya mengingatkan kepada kontraktor agar jambatan yang akan di bina ini berkualiti dan kemas bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari dan ianya penting kerana sekiranya ia tidak dijalankan dengan baik ia pasti akan mempengaruhi keselamatan serta pergerakan sosioekonomi rakyat Kelantan.

YAB. Perdana Menteri kemudiannya diiringi oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato’Seri S.Samyvellu serta Dato’ Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Panglima Anuar Hj. Musa seterusnya merasmikan Simbolik Majlis Pecah Tanah dengan penuh bersejarah.

Dato' Pa & S.Samy Vellu
kanan-Dato' Pa merupakan orang yang bertanggungjawab merancang RMK9
Kedahkini

1 ulasan:

The Didi Butter berkata...

Lambatnya nk siap jambatan ni. Dari tahun 2007 tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...