10 September 2012
Panas ! Rafizi akan berkempen BAFIA digunakan untuk menindas rakyat
Rafizi berkata pihaknya telah berjumpa dengan beberapa kumpulan sasar yang sudah lama berkempen menuntut agar sistem perbankan di negara ini diberi perhatian serius. —
SHAH ALAM, 10 Sept — Rafizi Ramli hari ini berkata pihaknya akan berkempen untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) sebenarnya merupakan satu penganiayaan yang dikenakan terhadap rakyat, termasuk dakwaan di bawah berkenaan terhadap dirinya kerana mendedahkan maklumat akaun dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Jelas pengarah strategik PKR ini, terdapat banyak kes yang bertengan dengan Akta Bafia yang tidak di bawa ke mahkamah dan bank-bank di negara ini juga melanggar akta terbabit tanpa diambil tindakan undang-undang.
“Banyak kes lain yang berjalan di mahkamah ataupun melibatkan banyak orang awam yang melibatkan salah guna oleh sistem bank kita yang bertentangan dengan Akta Bafia.
“Kita boleh lihat, seperti dalam lelongan harta awam, bagaimana maklumat pemegang akaun itu dijual kepada pihak ketiga yang bertentangan dengan akta ini sebagaimana saya didakwa,” kata Rafizi di luar mahkamah di sini hari ini.
Menurut Rafizi lagi, pihaknya juga telah berjumpa dengan beberapa kumpulan sasar yang sudah lama berkempen berhubung perkara itu yang menuntut agar sistem perbankan di negara ini diberi perhatian serius.
“Kami sedang mengumpul maklumat dan kita akan tunjukkan kepada rakyat walaupun menteri kata Akta BAFIA ini sangat penting untuk jaga integriti kepercayaan awam terhadap bank.
“Kami akan tunjukkan kepada umum Akta Bafia ini memang tidak diguna pakai oleh pihak bank dalam banyak perkara,” tegasnya.
Tambahnya, “beribu rakyat kita yang dimangsakan kerana bank melanggar akta bank itu sendiri”.
Pihaknya juga akan berkempen berkenaan perkara bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.
“Sekarang ini, saya telah duduk dengan mereka dan akan berkempen dengan mereka bahawa BAFIA ini digunakan secara terpilih.
Beliau turut menjangkakan kempen berkenaan akan lebih “menarik” kerana beliau telah didakwa di bawah akta berkenaan atas isu NFC.
“Berdasarkan semakan kita, memang ada satu kepentingan awam yang perlu kita semak kerana bank tidak mematuhi Akta Bafia dan pihak berkuasa langsung tidak mengambil tindakan terhadap bank kerana pelanggaran tersebut,” katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan