06 Jun 2012
Siapa kawan Israel ?
Joe Lieberman adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata dia hebat? Sebab Lieberman adalah antara penyokong terkuat negara Israel dalam Kongres Amerika. Mark Vogel, pengerusi ‘National Action Committee Political Action Committee (NACPAC) yang pro-Israel telah menyebut dengan jelas terang bahawa Joe Lieberman adalah pembela Israel nombor wahid dalam Kongres.
“Tidak ada siapa yang lebih banyak memperbuat sesuatu bagi pihak Israel, selain Joe Liberman. Itu sebabnya beliau amat penting kepada komuniti pro-Israel.” Itu kata Mark Vogel.
Lieberman kini berada pada tangga keempat dalam senarai calon-calon yang menerima dana daripada badan-badan tindakan politik pro-Israel pada tahun 2006.
Dalam tahun 2002, Lieberman telah menaja sebuah resolusi pro-Israel di Senat Amerika berkaitan konflik Timur Tengah, secara terus terang menyatakan kebersamaan dengan Israel dalam usaha berterusannya untuk ‘menentang keganasan’.
Siapa pula yang lebih hebat daripada Lieberman?
Pastilah Senator John McCain yang beberapa tahun lalu kecundang dalam lumba menuju Rumah Putih, apabila ditakdirkan bersaing dengan Barack Husain Obama. Kita pastinya akan terus terkenang aksi veteran Perang Vietnam ini apabila beliau ternganga dengan jawapan-jawapan Obama sewaktu siri debat menuju pilihan raya presiden yang lalu.
Kedua-dua insan hebat ini bertamu ke Malaysia beberapa hari sudah. Seorang penyokong tegar negara Israel, dan seorang yang kalah pertandingan presiden. Mereka disambut penuh keriangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.
Kalaulah saya dapat mencuri dengar perbualan mereka berdua ini dengan Najib yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, alangkah terujanya saya.
Mengapa Najib terdesak?
Soalannya, jika benar Najib seorang yang tidak korup, reformis ulung dengan imej dan reputasi politik yang bersih lagi suci, mengapakah beliau kelihatan begitu terdesak untuk menggilap imejnya di mata rakyat?
Atau jika benarlah pujian John McCain ini begitu memberi impak positif, mengapa tidak dibubar sahaja Parlimen untuk diadakan pilihan raya umum sekarang?
Atau, jika kenyataan John McCain ini benar-benar mencerminkan keunggulan pentadbiran Najib, mengapa kesemua lapan tuntutan BERSIH masih gagal ditunaikan? Kita yakin, John McCain sendiri tidak akan ‘tweet’ jawapan ini.
McCain pula tidak datang ke Malaysia berseorangan. Beliau ditemani oleh Senator Joe Lieberman, pembela Israel yang tegas dengan pendiriannya mendesak kerajaan Amerika mengebom Iran jika republik Islam itu enggan menghentikan usaha menghasilkan bom nuklear.
Terpampang di wajah media senyum lebar Najib bertemu dengan dua pemimpin politik Amerika ini yang tegas dengan sokongan mereka kepada Israel.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan