09 Jun 2012
BUNUH " TUYA" ISP. AZILAH FAIL 43 ALASAN RAYUAN, SIAPA ARAH BUNUH MASIH MISTERI?
GANTUNG SAMPAI MATI...Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu.-2009
Azilah tambah alasan 5 Julai
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Ketua Inspektor, Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya pada 5 Julai ini.
Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah, N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalamkamarnya semalam.
Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara 9.45 malam pada 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.
Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos.
Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.
Azilah diwakili peguam J Kuldeep Kumar, manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.
Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya.
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya.
Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008, tanpa dipanggil membela diri.- Bernama
Minggu ini diseluruh dunia dan banyak media melapurkan Skandal Rasuah pembelian Kapal selam Scorpene dan pembunuhan Jurubahasa model dari Mongolia.
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)
Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya atau disyaki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan