03 Mac 2012

PAS KEDAH: MESYUARAT BERMULA

Kediaman MB Kedah kini fokus 'misi damai'

ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah dijangka bermula di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentalon di sini dalam sedikit masa.

Beberapa pemimpin Pas pusat sudah hadir, antaranya Timbalan Presiden Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pertemuan malam ini dijangka dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar 9.45 malam.

Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya akan bermula sekitar 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.

Sementara pemimpin negeri yang sudah pun tiba ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh belum kelihatan.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama.Setiap kenderaan yang masuk ke premis itu diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...