01 Mac 2012
ANGAN-ANGAN NAK JADI ADUN
Tahun 2008 dulu…ramai orang tak mau jadi calon. Akhirnya, ramai la calon-calon yang yang tak ada standard pun menang.Dalam PRU 13 ini..terlalu ramai pulak yang nak jadi calon. Ada yang sampai bergaduh tumbuk meja. Ada yang menggunakan taktik kotor asalkan dapat jadi calon. Ada yang menjanjikan macam-macam kalau dia dapat jadi calon.
Ada sorang tu yang teringin sangat nak jadi calon. Dia mai kat aku minta aku tolong dia.” Hang jangan risau Mat. Aku menang nanti..aku rekomen hang jadi ahli Majlis.” Pirrah!!. Bila aku tengok dia..aku sendiri rasa aku lebih layak dari dia untuk jadi calon ADUN dan dia cuma layak jadi Ketua Kampung.
Bukan dalam parti saja yang sedang berebut nak jadi calon ni…diluar parti pun ramai juga. Jangan ingat bila parti dah setuju hangpa jadi calon..orang diluar parti juga setuju! Kalau orang diluar parti tengok calon Pakatan lebih teruk dari depa..depa juga akan letak calon depa. Aku tak akan terkejut kalau ramai calon bebas kali ini..sebab masing-masing rasa calon yang bertanding itu lebih teruk dari depa dan depa yakin boleh mennag kalau depa bertanding.
Pasai apa kali ini ramai sangat yang nak jadi calon? Bukan setakat jadi calon ADUN atau ahli Parlimen. Yang dah berangan-angan nak jadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung pun ramai.
Aku cuba mencari jawapan dengan bertanya kepada mereka-mereka yang teringin sangat nak jadi calon ADUN, AP, Ahli Majlis dan Ketua Kampung ini.
Macam-macam la alasan yang diberikan mengapa depa teringin sangat nak jadi calon. tapi semuanya menjuruskan kepada satu alasan.” Depa merasakan depa lebih layak dari orang lain yang nak jadi calon itu. Depa merasakan kalau depa bertanding..boleh menang. Kalau orang lain bertanding..kalah.”
Sapa yang nak bertanding…bertanding la.Tapi macam mana nak menang?
Aku bukan nak bagi tau macam mana nak mennag. Kalau aku tau macam mana nak menang dan gerenti boleh menang…lebih baik aku sendiri yang bertanding. Tapi aku cuma nak bagi tau, apa yang aku mau tengok dan apa orang-orang yang sewaktu dengan aku mau dari hangpa.
Orang macam aku tak peduli hang dari parti mana. Pas ka..PKR ka..DAP ka..PSM ka..mampuih pi la. Asalkan Bukan Umno.
Orang macam aku tak mau dengar cerita-cerita tentang keburukan Umno. Yang tu kami tau dah. Silap-silap kami lebih tau dari hangpa. Banyak berita-berita dan pendedahan tentang keburukan Umno tu mai dari kami jugak. Hangpa dok baca Utusan dan Harakah saja..mana hangpa tau!
Hangpa tak payah cerita kat aku calon Umno kaki Danok…sebab aku juga tau sapa calon PKR yang kaki Betong.
Hangpa tak payah cerita kat aku calon Umno sapu balak…sebab aku jugak tau sapa calon Pas yang sapu balak.Lebih banyak keburukan orang lain yang hangpa cerita..lebih banyak keburukan hangpa yang orang lain akan korek.
Pilihanraya bukanlah tempat untuk bercerita tentang calon mana yang baguih atau parti mana yang maksum. Election is about voters..not candidate or party.Pas boleh kata dia akan melaksanakan hukum Islam kalau diberi peluang memerintah. So what? Aku peduli apa? Bagi aku itu tak penting..yang penting bagi aku ialah orang tak curi ayam atau kambing aku. Orang tak sapu getah beku aku kat kebun.
Kalau DAP kata sapa yang dah beruban dapat RM200.00 sebulan…yang tu aku sokong. Sapa yang ada janggut sejengkal..dapat elaun RM100.00 sebulan..lagi la aku sokong.Kalau DAP kata dia akan melaksanakan sistem sosialis kalau memerintah..yang tu.. mampuih pi la. Sosialis ka..komunis ka..atheis ka..yang tu tak penting bagi aku.
PKR mungkin akan kata dia akan melaksanakan sistem demokrasi tulin. Kerajaan yang adil dan demokratik. Hangpa ingat aku nak ambik pot ka?
Hangpa cakap la apa pun..aku tak peduli. Apa yang aku peduli ialah apa yang hangpa buat.
Ok..ini piawaian aku mengikut apa jawatan yang hangpa nak bertanding. Mula-mula Wakil Rakyat. Tak kira la kalau nak jadi Ahli Parlimen atau ADUN.
Nak jadi wakil rakyat…hangpa kena bodek rakyat dulu. Bukan bodek Anwar atau Nik Aziz. Kalau hangpa nak jadi Pengerusi MPN atau Pesutuhjaya Pas negeri..yang tu hangpa boleh bodek Anwar atau Nik Aziz.
Contohnya..kalau hangpa nak bertanding di Padang Rengas..hangpa kena bodek pengundi Padang Rengas. Jangan tunggu bila hari nak umum calon baru tunjuk muka. Tak payah panggil Anwar untuk umumkan nama calon..”Ini lah calon tuan-tuan..berilah kepercayaan kepada calon kita sebab saya mempunyai sepenuh kepercayaan kepada nya.”
Sori la. Calon wahyu tak main dah. yang pilih Zahrain..Zulkifli Nordin..Gobala..Mohsein…bukan aku. Yang tu Anwar yang pilih. Kalau orang yang Anwar pilih pun belot..macam mana aku nak percaya kat Anwar lagi?
Sapa yang nak jadi wakil rakyat Padang Rengas..kena tau geografi dan demografi Padang Rengas. Berapa ramai yang duduk kat Bendang Bugis..berapa ramai yang duduk kat Kg. Kelaong..yang tu hangpa kena tau. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..nak jadi wakil rakyat macam mana?
Aku tau..bila daha jadi ahli Parlimen nanti hangpa akan sibuk. Masa tu kalau telefon pun hangpa tang angkat dah. Dan aku pun setuju bukan itu kerja hangpa nak selesaikan masalah jalan dan titi. Tapi sekurang-kurangnya..aku nak tau kat sapa aku nak cari bila aku memerlukan pertolongan. Sekurang-kurangnya…aku boleh cari ADUN.
Peerrghh!! ADUN pun sibuk jugak!! Kena pulak dia jadi EXCO..lagi la susah nak jumpa. Habih…aku nak jumpa sapa?
Ahli Majlis? Sekarang ni..hangpa tau sapa ahli Majlis hangpa?
So..dalam ketiadaan Ahli Parlimen dan ADUN..maka orang yang paling aku harapkan ialah Ahli Majlis. Jadi ahli Majlis bukan setakat pi mesyuarat dan kutip elaun. Ahli Majlis adalah orang harapan Wakil Rakyat. Tapi sapa pilih Ahli Majlis?
Sebelum aku percaya kat wakil Rakyat..aku kena tengok sapa Ahli Majlis dulu. Kalau ahli Majlis pun tak boleh harap..sori la…sebab aku pun bukan boleh harap wakil rakyat. So..sapa bakal Ahli Majlis tu penting bagi aku sebab orang itu la yang aku akan berurusan.
Tapi tugas Ahli Majlis setakat jalan, rumput, parit dan longkang. Hal Ehwal Kawin, Beranak, Sakit dan Mati tugas siapa?
Kalau hangpa kata..”Hang duduk kampung..tak kan tak kenai sapa Ketua Kampung?” jangan harap aku nak undi hangpa. Kalau aku tak kenai sapa Ketua Kampung..yang bermasalah ialah Ketua Kampung itu. Bukan masalah aku.Kalau Ketua Kampung pun tak mau tegur aku bila berjumpa..tak pernah ambik tau tentang penduduk kampung sebelum ini…sori la.
Akhirnya..Aku tak undi Calon yang bertanding bukan kerana aku tak suka dia. Aku mungkin suka kat Calon yang bertanding..tapi pasai aku tak suka Ketua Kampung..aku tak undi calon tu.
Moral of the story?
Sapa nak jadi calon wakil rakyat…jangan ingat nak lepas tengkuk hangpa saja. Sapa nak jadi ahli Majlis..jangan ingat nak bodek Ketua Cabang saja. Sapa nak jadi Ketua Kampung..jangan ingat dah jadi Ketua Cawangan..hangpa dah layak jadi Ketua Kampung.
Fuh!!Kena buat kursus Ketua Kampung pulak la lepas ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan