20 Mac 2012

LALUAN PENDANG KE LANGGAR DITUTUP, JAMBATAN TITI HJ.IDRIS ROBOH


PENDANG – “Bunyi dentuman kuat sungguh,” kata seorang saksi kejadian jambatan yang menghubungkan Pendang ke Langgar runtuh petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mengejutkan orang ramai sekitar kawasan itu apabila jambatan yang menjadi jalan alternatif untuk ke Pendang dan Langgar itu tiba-tiba runtuh sehingga laluan itu terpaksa ditutup dan diawasi oleh pihak polis.

Saksi, Ahmad Farizal Md Noor, yang berniaga kedai makan berhampiran jambatan itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat dari luar kedainya.

“Selepas sebuah lori membawa muatan dari arah Pendang ke Langgar melalui jambatan itu tiba-tiba bunyi dentuman kuat menyebabkan saya segera keluar dan mendapati jambatan itu runtuh selepas lori itu lalu namun bersyukur tiada kemalangan jiwa. Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku selepas 25 tahun berniaga di sini kerana sebelum ini hanya kemalangan maut sahaja yang berlaku di atas jambatan itu,” katanya.

Ahmad Farizal berkata, sejak tol Pendang dibuka, laluan itu merupakan laluan yang sering digunakan oleh pemandu lori untuk mengelak tol dan laluan itu lebih cepat terutamanya untuk ke Langgar dan Alor Setar kerana jarak dari kawasan itu ke Tol Pendang kira-kira 12 kilometer.

Tinjauan di kawasan kejadian mendapati pengguna jalan raya terpaksa berpusing menggunakan laluan lain setelah polis menutup laluan itu kira-kira jam 4 petang.


2 ulasan:

Org Tajar berkata...

Titi tu lama sangat dah, Sama dgn Jalan Dato' Kumbar..patut kena repair atau buat baru...

Tanpa Nama berkata...

Yg kt tajar tu pun elok buat lain dah....sempit nak selisih bahaya lagi2 klu dgn lori..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...