04 Februari 2012

Zuckerberg Tetap Kuasai Facebook


NEW YORK – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg akan mengekalkan penguasaan terhadap rangkaian sosial itu walaupun selepas ia menjadi syarikat awam kelak.

Dokumen yang difailkan Facebook untuk tawaran penyenaraian awam mendedahkan Zuckerberg, yang melancarkan rangkaian sosial itu dari bilik asramanya di Universiti Harvard ketika berusia 19 tahun, menguasai 28.2 peratus saham syarikat itu.

Dengan nilai syarikat itu sebanyak AS$100 bilion (RM300 bilion), saham Zuckerberg akan bernilai RM84 bilion.

Lebih penting lagi, Zuckerberg, 27, Pengerusi Facebook dan Ketua Eksekutif, menguasai 57 peratus bahagian mengundi selepas pemegang saham lain menyerahkan hak mengundi mereka kepadanya menerusi ‘proksi yang tidak boleh ditarik balik.’ “Memandangkan Zuckerberg menguasai majoriti kuasa mengundi, kami adalah ‘syarikat yang dikuasai’ di bawah tadbir urus korporat untuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham,’ menurut dokumen yang difailkan Facebook.

“Zuckerberg boleh menguasai semua hal yang dikemukakan kepada pemegang saham kami untuk diundi dan juga keseluruhan pengurusan dan hala tuju syarikat.

“Zuckerberg akan menentukan ‘pemilihan pengarah dan sebarang penggabungan atau penjualan semua atau sebahagian aset kami,” kata Facebook.

Penganalisis media sosial, Lou Kerner di secondshares.com berkata, bakal pemegang saham tidak perlu bimbang. “Pelabur hanya mahu hak untuk bercakap apabila ada kesilapan berlaku.

‘Rentak inovasi yang berlaku di Facebook sebenarnya tidak dapat ditandingi. Ini kerana ia dikendalikan oleh seorang yang berusia 27 tahun yang amat inovatif,” kata Kerner. – AFP

Komen : Khabar angin bertiup kencang FB akan ditutup pada mac 2012 adalah karut, mana mungkin syarikat bernilai RM300 bilion sewenang-wenang akan ditutup cuma ia akan menjadi syarikat Awam apa bila di apungkan di Bursha Saham AS dalam masa terdekat tetapi masih dikuasai oleh Zuckerberg.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...