31 Januari 2012

' PARASIT ' DALAM PAS TERBONGKAR

Hujah Dr. Hassan ‘Memalukan’ – Khalid


KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad menyifatkan kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kononnya beliaulah ‘parasit’ dalam parti berkenaan sebagai hujah ‘memalukan’ daripada seorang yang mempunyai gelaran ijazah doktor falsafah (PhD).

Menurut Khalid, ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu.

Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Semalam buat kali pertamanya Hassan mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap `parasit’ dengan menamakan Khalid sebagai individu yang terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering kali dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang usahanya untuk melarang penjualan minum keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata, permintaan Hassan agar pengundi Shah Alam tidak mengundinya menunjukkan bekas Exco Selangor itu secara tidak langsung adalah orang suruhan UMNO.

” Dia minta orang Shah Alam tak undi kita maknanya dia nak orang di sana undi UMNOlah tu,” kata Khalid.

Dalam ceramah semalam Hassan turut mengingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada Khalid pada pilihan raya umum akan datang kerana menurutnya Ahli Parlimen itu adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam.

1 ulasan:

Mataram berkata...

Aku ada PHD...
Aku ada lebih 30 tahun pengalaman dalam kerajaan dan swasta...
Aku ada data dan maklumat details pasal PAS dan DSAI....
Aku tahu buat perbandingan yang mana betul dan yang mana salah....

TAPI...

Aku TAK berani nak bersetentang mata dgn mereka....

kah..kah..kah.....!!!!!

Hassan....Hassan....
Bikin malu saja sama orang kampung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...