BERSIH 2.0 sedia turut serta dalam PSC
Dengan Parlimen akan bersidang mulai Isnin ini untuk membincangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi reformasi pilihan raya (PSC), BERSIH 2.0 sudah bersedia dan berharap dapat turut sama dalam PSC.
Berucap di majlis pelancaran kempen terbarunya bagi
pelaksanaan tuntutannya mengenai reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya Umum ke-13, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, jika PSC "ikhlas", maka ia harus melibatkan juga BERSIH 2.0.
Katanya, terdapat tanggapan bahawa BERSIH tidak boleh turut serta kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan gabungan itu haram.
Tetapi, katanya, jika PSC itu ikhlas, mereka patut turut berbincang dengan gabungan tersebut.
BERSIH, tegas Ambiga, mempunyai segala fakta, angka dan
hujah-hujah dan pihak sudah bersedia untuk bertemu dan
berbincang dengan PSC dan berharap mereka ada peluang untuk berbuat demikian.
Kempen bertajuk 'Laksanakan lapan tuntutan sebelum PRU-13' itu dilancarkan di majlis yang dihadiri oleh kira-kira 300 penyokong di Kuala Lumpur semalam.
Ia dilancarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan memberi jaminan bahawa syor PSC mengenai reformasi pilihan raya, akan dilaksanakan sebelum pilihan raya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan