29 Jun 2011

Empat Peguam PSM Cuba Dapatkan Perintah Mahkamah Tinggi Semak Semula Arahan Reman

Empat Peguam PSM Cuba Dapatkan Perintah Mahkamah Tinggi Semak Semula Arahan Reman

GEORGE TOWN: Empat orang peguam yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menyemak semula keputusan arahan reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth ke atas 30 anggota parti itu.

Permohonan tersebut dikemukakan oleh V. Parthipan, C. Ravichandran, Agatha Foo dan Karen Lai di Mahkamah Tinggi di sini tengah hari Selasa.

V. Parthipan yang mewakili peguam-peguam tersebut berkata, ahli keluarga mereka yang ditahan itu berasa tidak puas hati dengan perintah tahanan reman tersebut dan mahukan ia disemak semula.

Arahan tahanan reman itu berakhir Sabtu ini.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim akan mendengar permohonan mereka pada jam 2.30 petang Rabu.

Sabtu lalu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan 30 yang lain telah ditahan kerana memiliki beberapa bahan serta kemeja-t yang memaparkan wajah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Mereka disiasat atas dakwaan cuba mencetuskan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
m-star

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...