Syukur alhamdulillah.....
Elaun guru-guru Kafa di Selangor dinaikkan sebanyak RM300 sebulan. Maknanya, mereka akan dapat RM1300 setiap bulan.
Hmmm.... seronokler ngkorang. Ituler, tak sia-sia memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan yang memerintah Selangor. Hati nyamuk sama dicecah... hati gajah sama-sama dilapah. Tak banyak... sikit, dapat juga merasa. Macam ini kalu, barulah dikatakan rakyat didahulukan. Kerajaan Selangor lakukan apa yang termampu dan terdaya untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyatnya.
Mak aaiihh... nampak gayanyer, berbulu lagi ler 'tok tiri' kita yang bernama UMNO Selangor. Itu ler bezanya Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN.
Elaun guru-guru Kafa di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat semuanya naik ,tetapi di pihak sebelah 'sana' naik jugak tetapi....
PR 'naik', tetapi.... 'naik' yang membawa kegembiraan kepada rakyatnya. UMNO/BN lagi kerap 'naik'nya, tetapi.... 'naik' yang membawa derita kepada rakyatnya. Sooo... mengecewakan!!
Bahan api Naik... Barang Naik .... Beban rakyat Naik.... !!
Dan, aku pulak..... naik seronok dan tumpang gumbira mendengar guru-guru dapat durian runtuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan