07 Februari 2011
Benarkah Angin dari Papua New Guinea membawa terbang RM7 juta duit Kerajaan Negeri??
Ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas ditengah hari
Berjumpa lagi di alam siber dimana saya sekarang berada di Port Moresby, PNG. Pagi ini diberitakan sekumpulan pelabur dari Kedah telah mendarat di kota ini tetapi bukan berita pasti.
Akhbar disini pagi ada menyiarkan tentang nasib anak syarikat kerajaan negeri disini iaitu MAS Incorporated (PNG) Ltd telah diarah keluar dari mengusahakan tanah pertanian seluas 42,000 hektar oleh pihak Baina Agro Forest Limited. Sebelun itu berita penyingkiran MAS sudah diiklan didalam sebuah akhbar melalui Pengerusi syarikat, En. Joe Bogoro dan pagi ini berita ini disahkan lagi melalui AGM syarikat tempatan .
Didalam laporan tersebut beberapa nama seperti Daniel Mona, John havi Kora, Michael Mogo telah mengeluarkan kenyataan bersama bermaksud MAS tiada lagi tempat disana. Menurut Michael Tama, MAS telah mengingkari perjanjian dan tidak menepati janji. Ini turut memalukan kerajaan Malaysia dan PNG serta Wilayah Tengah disini.
Selepas bermesyuarat di Inaia, sebuah kampung disini, perkara pemecatan telah dibuat melalui satu resolusi dan pemecatan tersebut telah disiarkan di The National, iaitu surat khabat tempatan disini dan telah ditandatangani oleh Chairman, Joe Bagoro.
Dan selepas ini, menurut Mr. Mona, tiada lagi sesiapa dari syarikat tempatan boleh membuat perjanjian dengan MAS berkenaan dengan projek tersebut dan mereka bebas mencari pemaju yang lebih berpotensi dan berminat dengan projek pertanian disini.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ada sesetengah pihak mengambil keuntungan daripada projek ini dan yang menanggung rugi adalah kerajaan negeri Kedah. Menurut sumber tidak rasmi, sebanyak RM7 juta sudah dihabiskan untuk projek tersebut dan pulangan entah bila bakal digapai. Tuhan lebih mengetahuinya.[@KedahLanie.info]
terima kasih.... salam buat haji yusrin dan dato' amer
http://lantaat.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan