26 September 2010

INI YANG KITA MAHU!!!!

Terlalu ramai ahli, mesyuarat PKR Kapar ditangguh
Abdul Rahim Sabri
Sep 26, 10
DARI MALAYSIAKINI

Mesyuarat agung cabang PKR Kapar yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, termasuk kehadiran ahli yang terlalu ramai dan keraguan pada kertas mengundi.Berikutan itu, naib ketua cabang berkenaan, S Manikavasagam berkata keadaan itu menimbulkan masalah kerana jumlah petugas dan pegawas pemilihan tidak mencukupi.

Katanya, sehingga tengahari tadi, lebih 3,000 ahli hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat.

Menurutnya, cabang tersebut mempunyai 5,600 ahli yang layak mengundi hari ini.

Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.

"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.

"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.

"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

sehubungan itu, katanya, beliau telah berbincang dengan jawatankuasa pemilihan parti, yang bersetuju mesyuarat hari ini ditangguhkan.

Menurutnya, penangguhan mesyuarat tersebut diumumkan oleh pengerusi tetap pada jam 1.30 tengahari tadi.

"Ahli-ahli yang hadir juga setuju sebulat suara, tiada (ada) pergaduhan apa-apa," katanya.

Manikavasagam berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Meru, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Ditanya mengenainya, beliau berkata, mungkin pihak pusat tidak menyangka kehadiran ahli yang terlalu pada hari ini.

"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...