Tewasnya bakal Menteri Besar Perak.
Posted by Admin on 9/27/10 • oleh msk
“The writing is on the wall.” Itu kata orang putih.
“Osman: 61415-17=8. Mustaffa Kamil : 4312161 21493=43=7″ Itu kiraan Pak Akop.
“Kamarul Baharin: 2141933 2181995= 58. 5+8=13. 1+3=4. Ravi: 9149-23.2+3=5″
Kekalahan Mus di Pasir Salak tidak mengejutkan. Bagi orang luar Perak, mungkin terkejut tapi bagi orang Perak…biasa saja.
Begitu juga dengan kekalahan Kamarul di Teluk Kemang. Kalau masa banyak dihabiskan dengan mengampu pemimpin atasan daripada bergaul dan memahami masalah orang bawahan..tunggu masa saja la.
Dan jangan juga terkejut, kalau trend pemimpin yang selama ini dianggap popular dan mendapat sokongan terbanyak tetapi tumpas akan berterusan.
Sebelum pemilihan bermula, aku dah cakap kat Pak Khalid Jaafar semasa minum di Kuala Kangsar. (Boleh confirm dengan dia.) Aku bagi tau Pak Khalid, Mus akan dapat 14 pencalonan dari jumlah keseluruhan 24 Cabang di Perak. Azmin akan dapat 10. Kalau Zaid boleh dapat 1 atau 2 pencalonan dari Perak, itu sudah boleh dikira bonus.
Tetapi apakah pencalonan itu menggambarkan sokongan?
Kalau Mus dapat pencalonan tak sampai setengah dari Perak…Mus perlu melupakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden. Dan sekarang ia sudah berlaku, malah Mus kalah ditempat sendiri.
Dari mula Mus dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak, aku mula mengkritik dia sampai aku jadi muka ‘wanted’ dalam PKR Perak. Semasa Konvensyen Pakatan rakyat Perak dulu, Mus cakap kat aku, “Tolong la sikit. Bagi chance la..belum apa-apa lagi dah kutuk.”
Aku bagi tau dia..”Kalau aku kritik, dan orang hentam aku. Mus tak ada masalah. Tapi kalau aku kutuk, dan orang tambah semangkuk lagi, Mus ada masalah.’
Dan Mus meneruskan gaya dan cara dia. Tak mau berubah dari sikap elitist, terlalu bergayut kepada Anwar dan Azizah. Program-program PKR Perak dibuat untuk membodek Anwar dan Azizah. Lama-lama orang fed-up.
Dengan AMK sendiri pun tak berani nak berdepan..macam mana nak berdepan dengan musuh? Dan kesilapan besar Mus ialah menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi MPN untuk mencipta imej palsu bahawa dia mendapat sokongan padu dari semua Cabang di Perak.
Belum apa-apa lagi, Mus dah minta semua Ketua Cabang menyokong dia. Betul…didepan, semua Ketua Cabang menyokong..tapi dibelakang hampir separuh mengutuk. Mus tak sedar sebab dia cuma mahu mendengar yang baik-baik saja. Kalau ada orang kritik, yang tu jenis nak memecahbelahkan parti macam Mat Saman Kati.
Apa yang Mus buat pada minit terakhir dengan mengadakan sidang akhbar menuduh Hj. Osman sebagai ejen umno dan ditaja oleh Jamal amat memalukan. Kalau la benda tu aku yang buat, siap la aku kena katok. Tapi aku tak mau menyalahkan Mus kerana itu sikap orang yang desperate. Dia tau dia akan kalah dan mengharapkan dengan “pendedahan” itu, orang akan percaya. Tapi Mus lupa, orang kampung pun bukan semua bodoh.
Adakah Mus kalah kerana Mat Saman Kati? Tidak.
Mus kalah kerana Azmin. Dan Mus juga kalah kerana Anwar tak mau tolong. Tapi itu semua hanyalah ‘sebab’ kepada kekalahan. Sebab utama ialah kerana Mus menentang Dream Team Anwar.
Mus sudah mula berkempen untuk Timbalan Presiden lama sebelum Pencalonan dimulakan. Dia menggunakan Biro Latihan untuk menjelajah seluruh negara untuk meraih sokongan. Tapi orang fed-up bila Biro Latihan digunakan untuk mendapat sokongan peribadi. Orang melihat Biro Latihan hanyalah alat untuk mempromosikan Mus.
Pada masa itu, orang tak nampak kekuatan Zaid. Jadi, tumpuan Team Azmin hanyalah kepada Mus.
Orang tau sejarah Mus di Perak. Ramai orang ingat, sebagai anak Perak..Mus sudah pasti mendapat sokongan di Perak. tapi ramai orang tak tau…Mus hanya melibatkan diri dalam politik Perak bila pilihanraya. Habis pilihanraya, tak nampak muka.
Mus bukan jenis yang buat kerja, tapi opportunis yang menumpang kerja orang lain dan mendapat political mileage dari usaha orang lain.
Aku sudah menyediakan KPI untuk Mus sebelum ini, tapi tak sampai hati nak publish. Orang dah tersepit, kalau nak dikatok lagi…nanti orang kata aku tak ada hati perut. Tapi aku nak bagi tau kat Mus dan juga mereka yang sewaktu dengannya..jagalah rakyat. Jangan hanya jaga pemimpin atasan.
Kalau ada sapa-sapa yang nak lawan Dream Team Anwar, face-to-face…dollar-to-dollar…tak boleh menang. Tapi kalau turun berjumpa rakyat, memahami masalah mereka..insyaallah boleh menang.
Mus kalah di Pasir Salak kerana Azmin. Hj. Osman adalah orang Azmin. Azmin lah yang membawa Hj. Osman kembali ke Perak dengan menyingkirkan Hj. Mail. Kalau la Mus team-up dengan Hj. Mail, Mus mampu menewaskan Hj. Osman tapi oleh kerana Mus mengambil sikap berkonfrontasi dengan sapa yang tak setuju dengannya, Azmin mengambil peluang ini.
Hj. Osman bertanding atas desakan Azmin. Hj. Osman bukan minat sangat pun. dia dah letak jawatan Ketua Cabang Pasir Salak dulu dan dipangku oleh Mus. Tapi Mus tak buat kerja. Habis pilihanraya..Mus pun hilang.
Walaubagaimanapun, Mus masih boleh menang kalau calon yang ditentang bukan Hj. Osman.
Satu perkara menarik..pasai apa Anwar tak tolong Mus di Pasir Salak? Aku tak tau la kalau Mus ada jumpa Anwar minta tolong buat macam Permatang Pauh. Last minit, Dr. Mansor menang tanpa bertanding sebab Pak Tam sakit perut. Tak kan Anwar tak boleh tolong Mus kot? Supaya last minit…Hj. Osman tarik diri sebab sakit perut.
Apa pun…semua sudah berlalu. Dengar cerita..Dr. Mohamad Nur Manuty sudah rajin balik Larut. Mungkin sedang membuat persiapan untuk menggantikan Mus di Perak.
Sekarang, Team Azmin tak perlu risau dengan Mus. Mereka semakin risau dengan Zaid.
Aku tak kisah sangat dengan jumlah pencalonan kerana ianya boleh diatur. Mus kalah di Pasir Salak sebagai Ketua Cabang tapi menang pencalonan sebagai Timbalan Presiden kerana ianya boleh dirancang. Tetapi berapa undi sebenar yang boleh diperolehi dari ahli…itu lebih penting.
Ahli-ahli PKR Perak dalam keadaan serba salah. Mereka terpaksa membuat keputusan berdasarkan tiga faktor. 1. Hormat kepada Mus sebagai Pengerusi Negeri. 2. Takut kepada Azmin sebab Anwar dengar cakap Azmin. 3. Hati untuk Zaid.
Hari Sabtu lalu, Zaid datang Padang Rengas. Yang datang berjumpa Zaid di Padang Rengas adalah juga mereka yang mencalonkan Mus dan Azmin. Termasuk Ketua-Ketua Wanita yang secara berdepan menyokong apa juga yang dikatakan oleh Zuraida. Tapi dibelakang, masing-masing datang berjumpa Zaid.
Hari Ahad, Ketua Wanita Negeri memanggil semua ketua Wanita Cabang untuk bermesyuarat di Ipoh. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Wanita Negeri memberitahu semua yang hadir supaya jangan undi Zaid. Semua kena sokong Azmin sebab Zaid main politik wang. Zaid dah bayar sebanyak lima ribu untuk setiap Cabang.
Team Azmin buat apa yang Mus buat terhadap Hj. Osman. Menuduh tanpa bukti.
Bila kata Zaid bagi lima ribu kat setiap Cabang…yang dibawah akan bertanya..” Mana duitnya?” Bila depa balik, depa akan tanya Ketua Cabang…”Hang sapu semua ka?”
Akhirnya, Ketua-ketua cabang akan kata..”Celaka depa!!”
Ingat…taktik menuduh tanpa bukti akan ‘backfire.”
Aku nak pi jumpa Dr. Wahab. Dia seorang Ahli Falak. Bila dia kata Zaid akan menang walaupun mendapat jumlah pencalonan yang sikit…yang tu aku nak tau. boleh baca kat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan