Kementerian Kewangan: Arul Kanda tak boleh dipercayai
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuduh presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai”.
Kenyataan itu dibuat selepas Arul memberi taklimat padanya berkaitan kedudukan syarikat pelaburan itu, yang tidak memuaskan hati kementerian.
“Saya dapati Arul kanda sama sekali tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
“Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan untuk menyemak semula kedudukannya sebagai presiden 1MDB,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Menurut Lim, Arul Kanda memberitahunya beliau tidak pasti berkaitan nilai pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) atau sama ada ia benar-benar wujud.
Katanya, reaksi Arul itu amat mengejutkan kerana beliau telah menjelajah negara dan berceramah tentang daya mahu 1MDB dan pelaburan baiknya.
Malaysiakini telah menghubungi Arul dan sedang menunggu maklum balasnya.
8 ulasan:
pas pis pus..... len kali tanya yg pakar
bukan pakar kelentong... 1MDB zaman umno... bos 1MDB pm umno gak yg lantik lagi nak caya... nak tau kita ni jahat ke baik kena tanya musuh bkn tanya kawan.... ofkos la kawan bekap... apa lagilaj kawan kena sogok
Pariah arul.
Pas pis pus dah biasa kena kencing..Siap tadah lagi
Pas istiqomah dan Politik matang dan sejahtera.
Tembelang 1MDB Makin Terdedah !!
>>> KLIK HERE !! <<<
Masa Semakin Suntuk Untuk Jho Low
>>><a href="http://panjisemarang.blogspot.my/2018/05/masa-semakin-suntuk-untuk-jho-low.html KLIK HERE !! </a><<<
kepakaran pas adalah melabel mengkafir memunafik mengharbikan org lain.
bab 1mdb pas sgt bersyukur dan kana'ah tabayyun serta wasatiyah dan hadhari.
klu tanya nik amar, dia nk tunggu PH selesaikan jenayah 1mdb dulu baru dia nk bersuara.
actually arul tk kelentong pun kt pas.
pas yg tk faham kes 1mdb sebijik habuk pun.
bila kata pas puashati, maknanya masa sesi
soal jawab, tiada soalan pun dr pas..
maka kesimpulannya pas puashati lah.
Catat Ulasan