KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Beliau berkata, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.
Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
"Secara kasarnya kira-kira 70 peratus orang yang mengeluarkan simpanan persaraan mereka sepenuhnya akan pada dasarnya menghabiskan wang dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
"Orang Malaysia kini membuat pengeluaran pertama (pada usia 55 tahun) sebelum bersara penuh (pada usia 60 tahun), dan kami sedang mengkaji isu ini bagi maklum balas dasar yang tepat," kata Shahril pada taklimat media di sini, hari ini, sempena dengan pengeluaran Laporan Tahunan 2014 KWSP.
Beliau berkata, walaupun KWSP mencadangkan jumlah sekurang-kurangnya RM196,800 selepas persaraan, perangkaan menunjukkan hanya 22 peratus penyumbang aktif berusia 54 tahun memenuhi minimum ini tahun lepas.
Malahan lebih membimbangkan, 68 peratus daripada ahli KWSP pada usia yang sama memiliki kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka, katanya.
Maklumat daripada laporan KWSP menunjukkan simpanan asas ditetapkan pada RM196,800 bagi memberikan pendapatan bulanan RM820 untuk tempoh 20 tahun sehingga usia 75 tahun.
Ia juga menyatakan berdasarkan usia persaraan bagi rakyat Malaysia iaitu 60 tahun, dan jangka hayat 72.6 tahun bagi lelaki dan 77.2 tahun bagi wanita, jumlah simpanan (RM196,800) akan memerlukan seorang pesara untuk terus hidup pada hanya RM700 sebulan sepanjang hayatnya.
Ini malahan kurang daripada had kemiskinan iaitu RM830 sebulan pada 2012 seperti yang diisytiharkan oleh Jabatan Perangkaan.
"Adalah penting untuk mula merancang persaraan seawal mungkin kerana memupuk tabiat menabung memerlukan disiplin dan masa yang mencukupi," demikian menurut laporan itu.
Perancangan yang baik memastikan gaya hidup yang dihajati dapat dicapai selepas persaraan disokong oleh pendapatan yang mencukupi, tetapi ketika ini satu-satunya bentuk simpanan utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah jumlah yang mereka simpan dalam KWSP.
KWSP berkata ia merancang satu projek perintis yang bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai kewangan asas dan perancangan persaraan dengan menawarkan khidmat nasihat persaraan di dua cawangannya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. - Bernama
15 ulasan:
Setuju ! Bagi mereka mereka yang mendokong UMNO BN juga suka barang naik ditambah lagi menjadi pada umur 65 tahun dan ditambah lagi bagi pencinta sejati hingga ke 75 tahun.
Berapa ramai pencarum boleh mencapai umur 60 tahun?
Kalau 10% tak boleh mencapai umur tu, ini kira zalim kepada pencarum.
Tindakan yg amat bodoh dan tidak mementingkan pencarum! Kebanyakkan kita tidak berkerja lagi apabila memasuki umur 50 tahun ke atas. Kalau di lanjutkan sampai 60, maka ramailah "penganggur tua" yang langsung tiada pendapatan. Berapa umur purata kematian di Msia?? 60 tahun ke atas?? Dah mati pun kita tak sempat merasa simpanan kita. Dan atas alasan tiada penama, simpanan tidak dapat dituntut ahli keluarga....Pulangkan duit simoanan kami sementara hayat kami masih ada......penyangak!!
Baru Baru ni Sorang sahabat saya doktor lagi sportsman meninggal umur 50an..bagaimana yg lemah jantung dan hpt mcm aku ni..tak merasalah duit aku sendiri..kerajaan memang zalim..
pencarum akan mengunakan duit tersebut untuk menyelangsaikan hutang rumah, tak kan nak hutang rumah sampai mati, sekurang-kurangnya boleh duduk rumah sendiri tanpa dibelengu hutang setiap bulan,sedangkan orang Islam yang meningal dunia hutangnya mestilah di langsaikan, tapi kalau nak keluarkan duit sendiri pun tak boleh, apa ke jadah.
Sesiapa yg tak sempat capai 60th, sedokah je kpd bic mama..........ikhlas no.
Gila ke apa?? Duit hasil keringat titik peluh bekerja pencarum berhak menikmati wang simpanannya sendiri.Bkn kita tak tahu helah kerajaan penyangak ni, matlamat menghalalkan cara.
cadangan bangang dan menyusahkan orang.
Sepatutnya dia seorang saja yang keluar 60 Tahun...dan mampus terus tahun pada umur 60 tahun...
Apa hal KWSP nak pegang duit orang ramai lama2 sangat? Nak ambik bunga ker?
Kepala Hotak kamu,suka hati kamilah nak habis kan duit selepas umur 55"jangan kurang ajar pandai-pandai nak buat peraturan baru,lepas tu guna kan duit kami nak cover kroni2 kamu.Haram Judah punya CEO..konon buat kajian .pii..dah.
Klu nk tunggu umur 60 baru boleh keluar, alamat tk merasa jwbnya. Jgn ada segelintir org perabih duit kwsp hang nk sangkutkan semua org. Habis mcm mana dgn kami yg dh berangan dgn duit nk buat perniagaan atau pertanian. Tkkan nk pinjam ceti/along sbb bank tkkan bg sbb dh 60 thn. Akai ada ke
satu lagi cadangan haram jadah utk menekan rakyat...
Lahanat punya cadangan, sebenarnya kerajaan bimbang tak mampu untuk bayar balik kepada pencarum sebab duit KWSP sudah disalah guna. Cuba tanya kerajaan satu ketika dulu diakhir tahun 90an kerajaan telah menggunakan duit KWSP sebanyak RM700 juta lebih untuk bailout Perwaja Steel semasa Eric Chia dan akhirnya Perwaja tutup kedai dan aku masih lg ingat ungkapan kata kata menteri kewangan masa tu yg pinjaman tersebut dijamin oleh kerajaan, menteri kewangan masa tu adalah saudara Anwar Ibrahim, sekarang dia tiada lg dlm kerajaan jadi apakah pinjaman tersebut sudah dilunaskan kembali kepada KWSP? Atau kerajaan menjadikan KWSP sebagai "Cash Cow" untuk kepentingan yg bukan untuk ahli.
Sangat setuju dilanjutkan sampai 60 dengan dividen 75 %. Tak payah lah KWSP nak risau wang tak cukup bila berhenti kerja sebab pasti cukup punya.Kalau duit ada RM 30,000 masa umur 55+5 tahun, duit dia jadi RM 492392.5781 lebih dari cukup kan.Aku harap cadangan aku KWSP terima
Catat Ulasan