06 April 2015

BENARKAH APLIKASI SaveME999 BERNILAI RM801 JUTA?

SaveME999: Aplikasi kecemasan yang terlalu mahal



PETALING JAYA: Hanya kira-kira setahun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melancarkan aplikasi respon kecemasan yang dipanggil SaveME999, bagi membolehkan mereka yang berada dalam kecemasan menghubungi pihak berkuasa dengan segera.

Aplikasi yang diurus dan dibangunkan Telekom Malaysia Bhd itu menghubungkan pemanggil dengan lima agensi; polis, hospital, bomba, jabatan pertahanan awam dan polis maritim.

Kerajaan mengeluarkan belanja RM801 juta untuk itu.

Aplikasi itu adalah sebahagian daripda projek Sistem Respon Kecemasan Malaysia (MERS 999) Kementerian itu. Ia menggantikan aplikasi yang sama – MyDistress – yang dibangunkan untuk polis Selangor.

Sama seperti MyDistress, SaveME999 boleh dimuat turun secara percuma oleh pemilik telefon pintar.

Namun sebelum boleh menggunakannya, pengguna perlu mendaftarkan nama dan memberikan maklumat peribadi. Ketika seseorang membuat panggilan kecemasan, beliau sekali lagi perlu memberikan nama, nombor kad pengenalan, dan tentunya sebab panggilan dibuat.

Panggilan itu kemudian disalurkan melalui proses pengesahan, sebelum dipindahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Sistem itu juga membolehkan pusat respon kecemasan mengetahui lokasi pemanggil.

Ketika dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada penghujung 2013, aplikasi itu pada awalnya hanya untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran dan percakapan. Hubungan dengan pusat panggilan dibuat melalui butang dan pad kekunci telefon.

Pada pertengahan 2014, SaveME999 dibuka kepada orang awam, enam bulan selepas aplikasi Mydistress ditamatkan.

Satu isu kontroversi berhubung SaveME999 adalah harganya yang mencecah RM801 juta. Bagi ramai pihak, ia terlalu tinggi, apatah lagi apabila aplikasi MyDistress dibangunkan untuk polis Selangor tanpa sebarang kos. Aplikasi itu dilancarkan pada tahun 2011 oleh ketua polis Selangor pada waktu itu Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

“Idea dasar MyDistress adalah untuk mewujudkan perhubungan secara langsung antara orang ramai dan polis negeri,” kata pembangunnya Darren Pang.

- See more at: SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...