09 April 2015

CAJ PERKHIDMATAN DI HOTEL & RESTORAN WAJAR DIHAPUSKAN

Caj Perkhidmatan Di Hotel, Restoran Tidak Wajar


PUTRAJAYA – Caj perkhidmatan yang diamalkan kebanyakan restoran dan hotel di negara ini bagi menggantikan konsep memberi tip, dilihat tidak lagi relevan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, caj perkhidmatan bukan sesuatu yang wajib dikenakan pengusaha hotel dan restoran dengan mengambil contoh Carlton Holiday Hotel, Shah Alam yang tidak mengenakan caj berkenaan kepada pelanggan mereka.

Alias berkata, kutipan caj perkhidmatan itu juga berkemungkinan tidak disalurkan kepada pekerja.

“Tidak semua pengendali restoran dan hotel yang mengenakan caj perkhidmatan mengamalkan konsep sama seperti ‘tipping’ dengan memberi wang yang dikutip itu kepada pekerja mereka…ini salah,” katanya dalam sidang media berkenaan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Antipencatutan) di sini, hari ini.

Beliau berkata caj perkhidmatan juga tidak wajar dikenakan memandangkan dasar gaji minimum telah dilaksanakan sejak Januari tahun lepas.

Alias berkata, kerajaan dalam proses mengeluarkan polisi baharu berkaitan caj perkhidmatan berkenaan dan peniaga harus mempamerkan notis perjanjian bersama di premis mereka berkenaan caj yang dikenakan.

Katanya negara maju seperti Amerika Syarikat, Mexico dan Emiriah Arab Bersatu, tidak lagi mengamalkan konsep ‘tipping’ di negara mereka.

“Banyak negara telah berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Alias berkata, tujuh kesalahan membabitkan aktiviti pencatutan, tidak meletakkan tanda harga dan tanda harga mengelirukan dikesan hasil pemeriksaan ke atas 98 restoran dan 37 hotel.

“Notis telah dikeluarkan kepada mereka dan tempoh tujuh hari diberikan untuk mereka menjawab notis tersebut sebelum siasatan dilakukan,” katanya.

Alias berkata sepanjang seminggu pelaksanaan GST, sejumlah 320 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan yang tidak munasabah di pasaran. – BERNAMA

4 ulasan:

orgkampongok berkata...

Kalau dah gitu nape tak gubal peraturan baru sebelum gst terlaksana sekarang.mcm tak ceredik jer wat keja..oii work smart, look smart, baru org tabik sama gomen policy...buat peraturan sekali tapi keras tiada ruang peniaga pusing sana pusing sini..kan kejaan diberi mandat mentadbir..buat la betol betol..

orgkampongok berkata...

Kalau dah gitu nape tak gubal peraturan baru sebelum gst terlaksana sekarang.mcm tak ceredik jer wat keja..oii work smart, look smart, baru org tabik sama gomen policy...buat peraturan sekali tapi keras tiada ruang peniaga pusing sana pusing sini..kan kejaan diberi mandat mentadbir..buat la betol betol..

Unknown berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

Tanpa Nama berkata...

menteri menyalak cam kambing, org bwh dia menyalak cam badak..semua x betul bermula drp perancangan, perlaksaanaan,& penguatkuasaan..apa punya anak haram korang nie semua..gi mampus la lagi baik!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...