Selepas 3 bulan, harga petrol, diesel naik 25 sen
Harga runcit bahan api akan naik mulai tengah malam malam tadi
Harga runcit bahan api akan naik mulai tengah malam ini, dengan petrol RON95 pada RM1.95 seliter dan RON97 pada RM2.25 seliter, tiga bulan selepas Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api bagi menjalankan sistem harga apungan terurus di Malaysia
Diesel pula akan dijual pada harga RM1.95 seliter, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, menurut laporan Bernama.
Harga baru itu meningkat 25 sen dari harga Februari yang ditetapkan pada RM1.70 seliter bagi RON95 dan diesel dan RM2 seliter bagi RON97.
Peningkatan tersebut dijangka disebabkan kenaikan harga minyak mentah, selepas kemerosotannya tahun lepas dan awal tahun ini.
Harga Februari menyaksikan penurunan sebanyak 21 sen dan 11 sen masing-masing bagi RON95 dan RON97 dibandingkan pada Januari.
Hasan dalam satu kenyataan malam ini berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu ini.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan berhubung harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.
Putrajaya menamatkan sistem subsidi itu Disember lalu selepas harga minyak dunia jatuh di bawah paras AS$60 setong ketika negara pengeluar minyak terus meningkatkan pengeluaran walaupun ekonomi dunia yang suram mengurangkan penggunaan.
Sejak 1 Disember, harga runcit bahan api ditetapkan menerusi kaedah apungan terurus dan harga baru diumumkan pada hari terakhir setiap bulan. Harga pada bulan Disember ialah RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 seliter masing-masing bagi RON95 , RON97 dan diesel.
Harga minyak global menurun sejak Jun disebabkan oleh pengeluaran berlebihan dan tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, mendorong rakyat Malaysia mempercayai yang mereka boleh menikmati harga minyak yang lebih murah pada 2015 .
Bagaimanapun, Reuters melaporkan hari ini, harga Brent mentah meningkat sebanyak AS$2.53 kepada AS$62.58 setong pada Jumaat, manakala minyak mentah AS meningkat AS$1.59 kepada AS$49.76 setong.
Agensi berita asing itu mengatakan, lebihan bekalan mungkin akan dapat dikawal dalam masa beberapa bulan akan datang dan harga minyak akan turun sedikit dalam jangka pendek, berdasarkan kajiannya.~TMI

1 ulasan:
Apa istemewanya kita sebagai rakyat Malaysia..gaji minima sama dengan warga asing..pusing kiri pusing kanan kita rakyat kena tanggung pulih ekonomi..subsidi minyak tak ada, kenapa tak potong 50% duti eksais dan duti import kereta, cukai jalan dan bayaran lesen memandu dimansuhkan..barulah adil..kena berubah, sakit kepala dengan apa yang ada pada hari ini
Catat Ulasan