03 Februari 2015

PUNCA SEBENAR BANNER GERGASI WAJAH ANJING BERPAKAIAN FAM DI PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2015 TERBONGKAR.


PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2015 DI CEMARI DENGAN RENTANGAN BANNER GERGASI WAJAH ANJING BERPAKAIAN FAM.


Ini Penjelasannya.....TMJ faham kenapa penyokong protes tapi...


Tunku Mahkota Johor

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu, beliau memahami protes yang dibuat para penyokong bola sepak terhadap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.

Walau bagaimanapun ujar Tunku Ismail, beliau sama sekali tidak menyokong sebarang salah laku dalam kalangan peminat bola sepak dan juga tidak bersetuju dengan cara protes yang dibuat tersebut.

“Saya tidak menyokong budaya ‘hooligan’ dan tidak setuju dengan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada FAM. Saya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak di mana jua di seluruh negara.

“Namun ianya tidak bermakna saya tidak memahami protes para penyokong bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail menegaskan tidak menyalahkan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam kesilapan yang dilakukan badan induk pentadbir bola sepak tersebut.

Saya tidak menyalahkan Presiden. Saya menyalahkan organisasi. Saya menyalahkan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli gabungan yang tidak bersatu dan bersuara menegur kesilapan yang dilakukan oleh badan induk pentadbir bola sepak itu.


“Saya berdoa supaya suatu hari nanti, badan pentadbir bola sepak negara akan mengabulkan hajat para penyokong. Bola sepak adalah milik rakyat. FAM juga milik rakyat. Nasihat saya kepada mereka yang tidak memahami bola sepak dan mereka yang hanya bersuara demi modal politik peribadi, cukup-cukuplah dan hentikanlah. Anda hanya membuatkan diri anda kelihatan kurang bijak,” katanya.




Sabtu lalu, seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bosan dgn FAM.... Terlalu banyak masalah, walimah PM jd presiden ...kelauut..

Tanpa Nama berkata...

Sejak JDT muncul ni macam2 masalah ada. cuba fikir sbb apa?

1. Kes bawa senjata
2. Kes gaduh
3. Kes Hooligan
4. Kes terowong
5. Kes berebut player.

yang aku herannya dalam seme kes bukan setakat tak ngaku bahkan menyalahkan orang lain. memang camni ke sikap korang ek?

Tanpa Nama berkata...

Sukan dibawah 'wang', kedudukan dan bee end. Selagi di bawah budaya bee nd, korang tak usah harap lebih2 ler.


Sepatutnya sukan jadikan nama negara melonjak. Orang luar respect. Wang pelaburan dari luar boleh masuk.

Tapi nampaknya, yang beli tiket tu cuma bagi tambah mereka kaya jer...

Tanpa Nama berkata...

jgn nk salahkn fam jer..pgurusan tertinggi n pyokong pun sma..xda smngat kesukanan,taw provokasi jer..cmni ker sikap profsnal anda...masalah yg libatkn bola sepak sume bpunca dri pyokong dri jdt..sblum ni bola sepak kt aman jer..

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh kepada penyokong penyokong bola sepak JDT kerana berani memprotes FAM walaupun secara sidiran. Penyokong negeri lain ada berani ka. Sedikit sebanyak FAM akan terasa dengan sindiran ini. Teruskan memprotes kewibawaan FAM demi masa depan bola sepak negara yang terus menjunam kedudokan nya dalam FIFA.

rakyat susah berkata...

Menyindir dgn meletakkan gambar anjing kira menghalalkan cara lh ye?2 bkn menyindir tpi menghina..letak otak kt tmpat sebetullah ye..

rakyat susah berkata...

Menyindir dgn meletakkan gambar anjing kira menghalalkan cara lh ye?2 bkn menyindir tpi menghina..letak otak kt tmpat sebetullah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...