03 Februari 2015

MCA DAN GERAKAN LEBIH TERUK DARI DAP KATA MACAI UMNO?

MCA dan Gerakan lebih teruk dari DAP!!!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini turut sama mengecam sikap peniaga yang menaikkan harga barangan walaupun harga minyak sudah diturunkan oleh kerajaan.

Khairy dilihat bersama-sama dengan Menteri Perindustrian dan Asas Tani, DS Ismail Sabri Yaakob yang baru-baru ini mengecam peniaga cina yang enggan menurunkan harga barang runcit.

Khairy juga menggesa para pengguna di Malaysia agar memulaukan peniaga yang masih berdegil mencekik darah pengguna. Didalam laman sosial Facebooknya, Khairy mahu pengguna melaporkan kepada KPDNKK jika ada peniaga yang bersikap sedemikian.

Sebelum ini, DS Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan agar pengguna memulaukan peniaga-peniaga khususnya peniaga cina yang menaikkan harga barangan runcit.

Kenyataan Ismail Sabri tersebut bagaimanapun mendapat kecaman hebat dari MCA dan juga Gerakan yang mendakwa ianya adalah perkauman.

Malah ada diantara pemimpin MCA yang mahukan Ismail Sabri meletakkan jawatan sebagai Menteri di kabinet BN kerana disifatkan tidak tahu menjaga sensitiviti kaum di Malaysia.


Yang menghairankan, MCA dan Gerakan tidak pula mahu bersuara jika DAP dan Pakatan bersikap rasis didalam menghentam polisi serta pentadbiran kerajaan. Apakah MCA dan Gerakan menyangka mereka layak untuk bersuara lagi setelah kalah besar di PRU ke 13 lalu?

Jika beginilah sikap MCA dan Gerakan yang hanya tahu menghentam pemimpin sendiri, rakyat kini melihat MCA dan juga Gerakan sebagai lebih teruk dan perkauman dari DAP dan Pakatan.

Mungkin sudah sampai masanya MCA dan Gerakan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai DAP dan Pakatan. MCA dan Gerakan lebih layak bersama kumpulan berhaluan kiri jika mereka hanya tahu bersikap perkauman walaupun ia terbukti merosakkan kesejahteraan di Malaysia
.  ~ SUMBER MACAI


INI JAWAPANNYA.......

Menteri kena buat kerjalah!!


Apabila harga minyak turun lagi, semakin ramai yang bersungut mengenai harga barang-barang keperluan yang tidak juga turun-turun. Malah ramai juga menyalahkan pembangkang berkaitan perkara ini.

Berikutan penurunan harga minyak dunia, harga terbaru minyak petrol RON95 dan diesel kini adalah RM1.70 seliter manakala RON97 pula adalah RM2.00 seliter.

Ramai yang berkata, kerana dulu pembangkang mengatakan harga barang tidak mungkin naik jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, tetapi kini semuanya seperti tidak bermakna apa-apa kerana penurunan harga minyak tidak pula menyebabkan harga barang turun sama.

Mereka yang pro kerajaan lantas menjadikan ini sebagai peluang menyerang pembangkang dengan alasan penurunan harga minyak yang diperjuangkan itu tidak memberi kesan langsung kepada harga barang-barang keperluan.

Seolah-olah mereka ini mahu kerajaan terus meletakkan harga minyak pada paras yang tinggi kerana harga yang yang rendah tidak pun menyebabkan penurunan harga barang.

Memang diakui ketika ini hampir tiada barang yang turun harganya. Harga minuman dan makanan di restoran atau warung juga tidak turun sedangkan ketika harga minyak naik dulu, merekalah yang paling awal menaikkan harga.

Kalau ada pun peniaga yang menurunkan harga barang, jumlahnya mungkin terlalu kecil. Selebihnya, lebih selesa dengan keuntungan yang mungkin lebih berganda.

Fenomena ini berlaku memang sebahagiannya disebabkan pengeluar dan pengilang. Jika mereka ini tidak menurunkan harga barang, tentulah mustahil peniaga boleh bertindak menurunkan harga jualan mereka.

Di kedai, restoran atau pasar pula misalnya, meskipun kos pengangkutan sudah menurun berikutan harga minyak semakin murah sekarang, harganya juga tidak turun disebabkan karenah pembekal atau pengeluar ini.

Hakikatnya, jika mahu harga diturunkan, maka pengeluar dan pengilang ini mestilah disasarkan terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ia sebenarnya bukanlah salah mana-mana pihak yang mendesak penurunan harga minyak tetapi kerajaan seharusnya lebih memainkan peranannya sebagai pihak yang ada kuasa dalam negara ini.

Jika ketika minyak naik dahulu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilaporkan turut aktif memantau harga barang agar tidak membebankan pengguna, seharusnya ketika ini mereka juga perlu aktif sama melakukan kerja-kerja turun padang.

Inilah masanya menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek perlu memanggil pengeluar dan pengilang agar menurunkan harga hasil keluaran mereka. Kemudian, buatlah pula pemantauan di pasar-pasar atau di peringkat bawahan agar harganya yang sampai kepada pengguna juga turun.

Tetapi adakah kita dengar pengeluar dan pengilang dipanggil? Adakah juga kita dengar penguatkuasa kementerian turun padang? Adakah juga kita dengar Hasan bersuara?

Hakikatnya, apabila harga minyak turun, walaupun akan menyebabkan rakyat lebih selesa menjalani kehidupan, penurunan harga barang hendaklah juga dipastikan berlaku.

Pembangkang sudah bersuara mendesak penurunan harga minyak dan kebetulan pula ia selaras dengan turunnya harga minyak dunia, kini sepatutnya giliran kerajaan pula menjalankan kerja-kerjanya untuk memastikan harga barang turun sama.

Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab kenalah buat kerja dengan lebih cekap dan efisien lagi. Janganlah hanya buat kerja atau bising-bising bila harga minyak naik tetapi mendiamkan diri bila harga minyak turun. – shahbudindotcom.blogspot.com,


U-TURN PULAK......

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa gesaan kontroversinya untuk memboikot peniaga Cina tidak ditujukan kepada semua golongan itu.

Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.

“Ya, kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun,” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...