Pulau Pisang
SHAH ALAM - Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).
Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.
“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.
“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh]
Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.
Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.
Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.
“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.
Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.
“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.
“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.
“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.
Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”
1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.
Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.
Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda ~Sinar Harian
.

1 ulasan:
Tak payahlah nak sibuk dgn pulau pisang, mesia ni mana ada maruah diri. Kami kat gelang patah ni hari hari jet singapura dok ceroboh udara kita kerajaan umno /bn buat apa? Goyang telur atau telur pm dah kena picit dgn org singapura? Berginilah jika pemimpin tiada maruah dan bermasalah mudah aje kena peras ugut dg negara luar.
Angkara kes skandal tuya habis semua terlepas kpd singapura. Negara akan terus ditimpa malang selagi pemimpinnya umno. Apa yg singapura mahu semua diserahkan hatta negara sekalipun.
Jahanam negara kerana umno......
Catat Ulasan