08 September 2014

TERKINI! DUN SELANGOR BAKAL DIBUBARKAN?

INI RAMALAN DAN BUNGA-BUNGA DARI UMNO/BN.......
DARI SKRIP DAN AYAT-AYAT DAN TINDAKAN PEMIMPIN PR YANG TERKINI MEMANG JELAS PRN TIDAK DAPAT DIELAKKAN.........?

Umno Selangor perlu bersatu untuk menang pilihan raya, kata Muhyidin




Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor untuk bersatu dan mengukuhkan perpaduan sekiranya mahu memenangi negeri itu kembali.

Beliau‎ berkata pemimpin Umno-BN Selangor perlu sedar kesedaran rakyat tentang politik dan seterusnya mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan tidak sama seperti zaman di ketika di awal kemerdekaan.

"Kalau dulu saya ingat semasa saya jadi ketua Pemuda Johor Umno ini, orang cakap letak songkok pun rakyat akan undi tapi kini kalau letak calon Umno-BN di Selangor belum tentu kita akan menang.

"Kerana itu, kita mesti bangkit mengukuh perpaduan kalau besok kata ada bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak boleh ramalkan tapi ia mungkin berlaku jadi adakah kita akan memegang tanggungjawab untuk mendapatkan Sela‎ngor kembali," katanya ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Sungai Buloh hari ini.

Beliau juga berkata Umno-BN perlu bangkit dan menebus semula kekalahan sekaligus menebus maruah yang tercalar ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Mengakui bahawa pemerintahan Umno-BN kini melalui fasa yang sukar, beliau menyeru agar pemimpin ‎parti itu tidak lagi berada di takuk lama.

Katanya pemimpin Umno-BN perlu seiring dengan perubahan kematangan tahap politik rakyat di negara ini apabila ia tidak hanya lagi menyentuh tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan kemudahan asas.

"Rakyat Malaysia sudah melalui tahap politik matang meskipun kita kini masih lagi mampu mempertahankan kedudukan kita namun ada di beberapa negeri seperti Selangor kita kalah.

"‎Kerana itu sebagai sebuah parti politik paling lama wujud di negara ini kita perlu sedar bahawa kita sedang melalui zaman berbeza dimana rakyatnya kini mengetahui akan hak mereka, lebih berpengetahuan dan mahu diberi pilihan menentukan masa depan mereka," katanya.

Beliau juga berkata tiada guna kerajaan terus memberikan peruntukkan menyediakan kemudahan asas‎ sekiranya undi masih terus merosot.

"Kalau kita sediakan kemudahan namun undinya tidak meningkat bahkan merosot lagi jadi pokoknya pada zaman ini mereka menuntut hak lebih besar daripada itu seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan bersuara, budaya, ekonomi sosialnya.

"‎Dalam PRU lepas ramai orang Cina tidak sokong BN dan sampai hari ini pun saya tidak nampak ada sedikit perubahan ke arah parti ini.

"Meskipun saya sendiri tidak dapat menjawab apa sebenarnya masalah kehilangan sokongan namun saya tahu sedikit sebanyak ia menyentuh perkara pokok yang saya sebutkan tadi tentang hak kesaksamaan, pendidikan, agama, budaya dan itu sebenarnya kita perlu perhalusi semula," katanya.

Pada PRU13, Umno-BN kalah ‎kepada Pakatan Rakyat dengan hanya meraih 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun kini, kerajaan negeri Selangor berada di persimpangan apabila PKR cuba menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan PAS.~tmi




MB BEBAS PERTAMA KALI MEMERINTAH NEGERI INI SKRIP SIAPA?

Abdul Khalid tetap bersemangat tadbir negeri walaupun tanpa parti

Sallehin Mukhyi ketika berucap dalam Ijtima Pas Selangor 2014 di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Seri Kembangan..

BIARPUN Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini bergelar Menteri Besar bebas tanpa parti, namun beliau masih bersemangat menjalankan tugas mengikut perlembagaan negeri, kata Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian Desa, Salihin Mukhyi.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada empat Exco Pas yang kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor berkata, keempat-empat Exco Pas akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Abdul Khalid.

"Kalau boleh kita nak selesaikan isu MB ini secara baik dan segera jangan sampai berlaku undi tidak percaya atau bubar DUN , jika berlaku pilihanraya negeri tiada maknanya nanti.

"Kita mahu proses pertukaran MB berlaku secara tertib dan kita dapat jalankan tugas dengan baik dan kerja kerja kerajaan negeri dilaksanakan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ijtima Pas Selangor 2014 di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad hari ini.

Menurut Sallehin, walau apapun orang kata di luar sana, empat exco Pas itu akan terus menjalankan tugas seperti biasa dan mengikut arahan menteri besar selagi beliau memegang jawatan tersebut.

Kesemua Exco Pas itu juga, katanya, akan menurut arahan Pas untuk meneruskan tugas mereka atau sebaliknya sekiranya pengganti Abdul Khalid telah dikenal pasti.

"Selepas Abdul Khalid letak jawatan untuk pelantikan MB yang baharu, maka semua Exco juga dengan sendiri akan letak jawatan masing-masing.

"Selepas itu kita tengok apa arahan kepimpinan Pas,jika arahan pimpinan kata tak payah masuk, tak payahlah, tegasnya.

Justeru, Sallehin turut menyeru para ahli Pas Selangor supaya terus bersabar dan tenang menghadapi situasi semasa. mg

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...