Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II
Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran (bawah) dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.
“Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini,” katanya.
Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu “konspirasi” Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.
Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan “cuba memasukkan ke dalam penjara” , menurut kenyataan Anwar itu lagi.
“Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? ”
Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu. ~MK
Reformasi 2.0 烈火莫熄 bersama Wfauzdin Ns dan 49 yang lain
8 min ·
Makluman Media: Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap YB N Surendran, peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Fitnah 2. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jln Duta esok, Selasa 19hb Ogos jam 9pg di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yg melibatkan DS Najib Razak.
Tegakkan KEADILAN, UMNO Takut pada DSAI!!! REFORMASI!
Tegakkan KEADILAN, UMNO Takut pada DSAI!!! REFORMASI!
3 ulasan:
Peliwat ni nak jawab soalan balas dari pendakwaraya dalam mahkamah pun takut. Itu adalah fakta!!!! Nak salahkan umno pulak
Perasaan kesian dan pengharapan terhadap DSAI saya hilang setelah pengkhianatan terhadap TSKI. Sekalipun meluat dgn UBN , terpaksa saya mengucap bye bye PKR
cerita banyak lagi belum abih
tunggu saja
Catat Ulasan