02 Ogos 2014

GAZA: REJIM ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA 72 JAM, LAKUKAN SERANGAN BOM DI RAFAH DAN TENTERA AL QASSAM BALAS DAN BUNUH 15 TENTERA ELIT IDF !!!


Rejim Zionis mungkiri gencatan senjata 72 jam yang bermula jam 8 pagi waktu Gaza. Ia hanya boleh bertahan beberapa jam apabila tentera penjajah menghujani Rafah dengan bom seberat 1 tan sehingga mengakibatkan 35 orang awam terkorban syahid dan 300 orang lagi cedera.

Al Qassam membalas serangan tersebut dengan serangan hendap dan berjaya membunuh 15 orang tentera IDF. 




Manakala seorang Pegawai Tentera Elit IDF yang dilaporkan hilang bernama 2nd Lt Hedlar Golden sebenarnya telah ditawan oleh al Qassam pagi tadi.

Aman Palestin


Laporan Media Israel berkaitan tenteranya yang hilang pagi tadi.

Akhbar Yedioth Ahronoth menyebut bahawa seorang tentera skuad khas Israel menceritakan pasukannya diserang hebat pada pagi Jumaat dalam jam 9:30 AM. Mereka diserang dari segenap penjuru di Timur Bandar Rafah.

Dalam cerita terperinci oleh tentera tersebut menyebut bahawa pejuang Palestin keluar daripada beberapa buah lubang dan salah seorang daripada mereka meluru lari ke arah sebuah Jeep dan meletupkan diri bersama tentera Israel yang di dalamnya, kemudian barulah menyerang kami dengan hujan peluru.

Beberapa tentera Israel mati terbunuh di tempat kejadian, dan pejuang kembali memasuki lubang terowong selepas berjaya menggempur pasukan tentera elit tersebut.

Dalam sumber yang lain TV 10 Israel menyebut; Pertempuran dahsyat terjadi antara tentera khas Israel selepas tentera Israel diserang dari belah belakang kemudian bertempur dalam jarak 0 meter.

Yang mengelirukan pasukan tentera Israel adalah pejuang Palestin keluar daripada pelbagai arah dan membuatkan askar Israel jatuh ke dalam perangkap pejuang, memberikan mereka peluang untuk menculik seorang tentera Israel berpangkat Leftenan.

Beberapa tentera yang tercedera dan mati dibawa oleh helikopter
ke Hospital Tentera Sooroka.

"kami tidak mengetahui sama ada dia masih hidup atau telah mati.."



GAZA: Gencatan Senjata 3 Hari Bermula Pagi Ini! -berita 1hb. Ogos


GAZA/JERUSALEM – Israel dan pejuang Islam Palestin di Semenanjung Gaza bersetuju terhadap gencatan senjata kemanusiaan tiga bermula pagi ini dan perunding dari kedua-dua pihak akan berlepas ke Kaherah untuk membincangkan penyelesaian jangka panjang.

Kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata selama 72 jam itu yang dicapai selepas lebih tiga minggu pertempuran ditetapkan bermula pada jam 8 pagi (0500 GMT).

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menerima cadangan AS/PBB.

Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang Islam yang menguasai Gaza memberitahu semua puak Palestin akan mematuhi gencatan berkenaan.

“Kami gesa semua pihak supaya menghentikan tindakan mereka sehingga gencatan senjata kemanusiaan ini bermula dan patuh kepada janji mereka sepanjang tempoh gencatan itu.

“Gencatan senjata berkenaan akan memberi kelegaan kepada orang awam yang tidak berdosa daripada terbabit dalam keganasan,” kata Kerry dan Ban.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...