06 Ogos 2014

BERAS MURAH DIJUAL DI THAILAND RM1.24 SEKILO SAMPAI MALAYSIA RM2.60 UNTUNG BELAMBAK ...NAMPAK !!!


Thailand lelong stok beras esok



Kementerian Perdagangan Thailand dijangka membuka bidaan bagi 167,000 tan beras esok, lelongan pertama yang dibuat bagi mengurangkan stok simpanan sejak Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Perintah mengambil alih kuasa pada 22 Mei lalu.

Tidak seperti lelongan terdahulu, kali ini prosesnya lebih telus, yang mana kementerian membenarkan semua pedagang, pengeksport, pedagang domestik, pembungkus beras, pengeluar makanan ternakan dan pengilang mengambil bahagian bagi membina beras daripada gudang-gudang di 40 buah negeri.

Kementerian itu akan membuka surat bidaan, tawaran bagi harga yang tinggi dan memilih pemenang dalam tempoh satu hari dan semua proses itu boleh dipantau oleh para peserta, kata Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri, Duangporn Rodphaya.

Bidaan dimulakan antara pukul 8.30 pagi hingga 11 pagi dan surat bidaan itu akan mula dibuka mulai pukul 1 petang.

Jawatankuasa kementerian itu akan memilih pemenang bidaan atau merunding untuk mendapatkan harga terbaik - semuanya pada hari yang sama.

Keputusan lelongan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Polisi Beras untuk kelulusan yang mengambil masa seminggu.

Duangporn berkata, jawatankuasa berkenaan akan menetapkan harga paling rendah bagi tujuan bidaan.

Jika tawaran bidaan dibuat dalam lingkungan harga itu, atau tidak begitu rendah, kementerian akan menjual beras berkenaan.

Lelongan beras itu dijangka disertai oleh banyak pedagang beras, kata Duangporn sambil menambah lelongan itu tidak akan memberi kesan kepada pasaran harga beras memandangkan ia dijalankan pada bukan musim menuai.

Beras yang dijual semasa lelongan itu boleh dijual di peringkat domestik atau dieksport.

Duangporn berkata, kementerian juga akan mengadakan lelongan lain dan menjual beras melalui kaedah lain, seperti membenarkan peniaga-peniaga untuk menawarkan untuk membeli beras terus daripada kementerian, menjual melalui Bursa Niaga Hadapan Pertanian Thailand dan kontrak antara kerajaan.

Beliau berkata, penjualan stok beras daripada gudang kerajaan seharusnya menghasilkan peningkatan beras yang terdapat di pasaran ketika berlaku kekurangan di peringkat global.

Pengeluaran beras di Vietnam merosot tahun ini manakala India telah mengurangkan eksport beras semasa bukan musim menuai disebabkan stok simpanan semakin berkurangan.

Thailand pula mampu mengeksport antara sembilan juta hingga 10 juta tan beras tahun ini.

Kementerian Perdagangan pula masih menjual beras kepada China di bawah kontrak perjanjian yang melibatkan penjualan satu juta tan kepada negara berkenaan setiap tahun.

Thailand yang sudah pun mengeksport 100,000 tan beras di bawah kontrak itu akan sedang berunding untuk menjual 100,000 tan beras daripada stok simpanan dan 100,000 tan daripada hasil akan datang memandangkan musim menuai akan bermula November ini.

Jabatan itu turut berunding jualan beras dengan Malaysia, Indonesia dan Filipina. Projek ini bertujuan menjual kira-kira 500,000 tan beras setiap bulan daripada stok-stok kerajaan mulai bulan ini.

Pengarah Urusan Sandee Rice, Burin Thanatavornlap berkata, sekarang adalah masa paling tepat untuk menjual beras daripada stok simpanan disebabkan permintaan tinggi dalam pasaran.

Harga beras putih baru dijual pada Bt1.25 (RM1.24) sekilogram manakala beras jasmin pula Bt31 (RM3.08) sekilogram dan beras sekam Bt9 (RM0.89) sekilogram, katanya. ~MG

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...