16 Julai 2014

POLIS RAMPAS DADAH, KERETA BERNILAI RM8.8 JUTA TERMASUK TUNAI RM4.3 J...HANGPA DOK KALUT LOCK STEERING.... CUBA TENGOK BAGAIMANA DEPA NAK MUSNAH RAKYAT.... TAPI TOKAN DADAH KAYA RAYA !!!!


Polis tumpas sindiket dadah, rampas wang tunai RM4.3 juta



PENGARAH Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (dua dari kanan) menunjukkan wang tunai berjumlah RM4.3 juta bersama dadah yang dirampas dari sindiket memproses dan menjual dadah serta merampas lima kereta mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.


GEORGETOWN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas wang tunai berjumlah RM4.3 juta dalam beberapa siri serbuan pada Ahad dan Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan enam individu termasuk empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun dipercayai ahli sindiket berkenaan.

Beliau berkata, selain wang tunai polis juga merampas enam kereta mewah jenis BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Honda Accord dan Honda Civic selain tujuh motosikal termasuk Harley Davidson.

"Kita juga berjaya membongkar kegiatan sebuah unit kondomimium di Sungai Dua yang dijadikan makmal pemprosesan dadah dan merampas peralatan memproses.
"Justeru, dalam serbuan ini kita menyita RM8.8 juta nilai keseluruhan rampasan termasuk wang tunai, kereta mewah dan motosikal.

"Polis masih lagi memburu ketua sindiket yang dipercayai masih bebas. Dengan tangkapan ini kita percaya dapat melumpuhkan operasi pengedaran dadah di negeri ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.~BH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAHAI DATO SERI NOOR IBRAHIM SEDEKAH LAH PADA KAMI YANG BANGKRAP

Tanpa Nama berkata...

begitu punya banyak dadah yang didapati dari mereka setiap kali diserbu, jarang sekali kita dengar pengedar dadah besar-besaran ini dikenakan hukuman gantung ... hanya yang ada segram dua sahaja yang kena hukuman gantung ....!!!

Tanpa Nama berkata...

Sapa pulak yg memerintah negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...