19 Julai 2014

APA PUNCANYA PERLIMEN BAHAS NAHAS MH17, BIASANYA CUKUP LIAT APABILA DIMINTA PIHAK PEMBANGKANG

Bila Kena Keluarga Sendiri, Bawa Usul Untuk Bahas Di Parlimen...

Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam)," katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - Bernama



Tan Sri Pandikar Amin Mulia


MH17: Nenek Tiri Najib, Hishammuddin Antara Mangsa Nahas

SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.

Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.

Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.

Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.

"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah.
 -mstar


ULASAN GB

Maaflah tajuk yang GB gunakan... keras sedikit.. namun, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Sewaktu tragedi MH370 dahulu apabila diminta supaya kes itu dibahaskan di Parlimen, ianya ditolak mentah oleh kerajaan. Berjurai airmata ahli keluarga mangsa mendengar keputusan kerajaan pada saat itu.

Kini, apabla terkena "batang hidung" dan ahli keluarga sendiri, Najib sendiri menandatangani surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan kes MH17.

Dan ia mendedahkan juga satu hal: terbukti speaker hanya menjadi pak angguk.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, sekalipun yang bodoh-bodoh atau yang buta mengenainya cuba menyangkal dan cuba menyembunyikannya.

Namun Allah itu tetap Maha Adil! Airmata anda akan berjurai sepertimana anda juraikan airmata orang lain. Anda akan rasai sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap orang lain. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...